25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Pemuda Cina ‘diprank’ member, malu-malu hari lahir disambut paluan kompang

Ulang tahun kelahiran biasanya disambut dengan nyanyian ‘selamat hari jadi’, tidak kurang ada juga segelintir individu merancang bagi melakukan pelbagai kejutan istimewa.

Situasi seperti itu dijayakan oleh sekumpulan individu berbangsa Cina ini yang meraikan hari lahir salah seorang rakan mereka dengan kejutan paluan kompang.

Menerusi laman Facebook, 張雋藤 memuat naik satu video memaparkan rakannya itu terpinga-pinga apabila melihat kumpulan pemain kompang masuk ke dalam ruang tempat makan mereka.

Sebaik menyedari itu adalah ‘hadiah’ hari lahirnya, pemuda tersebut dilihat tersipu-sipu malu namun dalam masa sama, masih tersenyum sambil melayan paluan yang meriuhkan suasana di lokasi berkenaan.

Di penghujung video berdurasi kira-kira dua minit itu, pemuda berkenaan tidak lupa memberikan reaksi terima kasih kepada pemain kompang yang menjadi sebahagian bagi menjayakan sambutan hari lahirnya.

Video tersebut mendapat 11,000 perkongsian dan 17,000 tanda suka dalam kalangan netizen yang rata-rata terhibur dengan idea atau kerja ‘gila’ dilakukan oleh rakan-rakan pemuda terbabit.

Tida kurang ada juga ‘menyeru’ rakan masing-masing di ruangan komen sekiranya mahu membuat kejutan seperti itu untuk individu tertentu.

Screenshot 2022 11 10 at 9.00.34 PM

Screenshot 2022 11 10 at 9.00.53 PM

Screenshot 2022 11 10 at 9.01.13 PM

Screenshot 2022 11 10 at 9.01.30 PM

Sumber: Facebook 張雋藤

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI