Setiap ibu bapa pasti berasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata sehingga ada di kalangan mereka telah membuat perancangan untuk melahirkan anak di hospital-hospital tertentu.
Bagi yang berkemampuan, pastinya mereka mahukan servis terbaik terutama keselesaan ketika menyambut kelahiran anaknya seperti memilih doktor yang disukai sama ada lelaki atau wanita.
Sebaliknya, jika pasangan itu tidak berkemampuan maka hospital kerajaan adalah pilihan mereka dan tidak mempunyai ‘kelebihan’ memilihi doktor bagi menyambut kelahiran anak.
Namun begitu, lain pula bagi seorang pendakwah bebas wanita ini dengan tindakan para suami membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi tersebut.
Menerusi video tular, pendakwah tersebut meluahkan rasa kurang senang selain lantang bersuara dan tegas kerana para ibu bersalin dibiarkan mendedahkan aurat kepada lelaki bukan suami mereka.
“Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah!
“Kadangkala tak masuk akal, doktor lelaki. Kalau kamu tak takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.
“Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak? Tengok ‘bawah’ bini awak,”ujarnya.
Kata pendakwah tersebut, lelaki tersebut adalah ‘dayus’ sekiranya mereka membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi tersebut.
Pendakwah itu berkata sedemikian kerana para suami dilihat tidak cemburu membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri mereka.
“Mana dia seorang lelaki, yang ada rasa cemburu apabila lelaki melihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu,
“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah. Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya,”luah pendakwah tersebut.
#doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong
♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin
Dalam masa sama, dia menasihati golongan suami supaya mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung jika mereka tidak mampu membayar kos melahirkan anak di hospital swasta.
“Bayarlah doktor perempuam. Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Anda (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan kecoh,”katanya lagi.
Rata-rata netizen mengkritik semula video tersebut di mana ramai tidak bersetuju dengan pandangan dan hujahan pendakwah terbabit kerana bercakap tanpa memikirkan situasi ‘darurat’ yang dialami kebanyakkan orang.
Sumber: TikTok @sunnahtidakberbohong
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.