26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Penduduk Kulim Bimbang,..Pekerja asing Dua negara Merusuh di kilang, Tak Tahu apa punca

Satu kekecohan telah berlaku apa bila pergaduhan sesama sendiri telah berlaku melibatkan pekerja asing dari negara, pakistan dan juga Bangladesh. Kekecohan tersebut dikatakan berlaku apabila sekumpulan pekerja asing dilaporkan merusuh sesama sendiri di sebuah kilang di Kulim, Kedah pada Jumaat.

Kejadian rusuhan yang berlaku tersebut dikongsikan di laman TikTok dan hangat diperkatakan netizen sejak sehari lalu.

Screen Shot 2022 11 07 at 2.33.56 PM

Pergaduhan itu dipercayai melibatkan sekumpulan pekerja dari negara Bangladesh dan Pakistan yang mencari rezeki di kilang berkenaan.

Punca sebenar kejadian pergaduhan masih lagi belum diketahui namun insiden tersebut difahamkan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan serius. Sehingga kini pihak polis Kulim juga belum menerima sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut dan orang ramai ataupun saksi kejadian diminta untuk tampil membuat laporan.

Screen Shot 2022 11 07 at 2.34.30 PM

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan berhubung video tersebut.

“Dah diberi kerja lagi nak buat kecoh bergaduh pula, warga asing semakin berani sekarang sudah tidak takut kepada warga tempatan,” kata Azlan3045.

“Di negara orang sudah berani buat macam ini, kita rakyat tempatan pun tidak berani buat kecoh di tempat kerja macam mereka,” jelas zalyleezd.

“Inilah akibatnya kalau terlampau ramai warga asing dibawa bekerja, mereka pun sudah semakin berani bila ada ramai kawan dan kumpulan masing-masing,” tambah Ucilgemi.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI