Rakyat Malaysia tidak lama lagi berpeluang untuk menikmati penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent mulai Julai 2022.
Satu majlis menandatangan perjanjian berhubung perkara itu diadakan di Kedutaan Uzbekistan di Malaysia di sini, melibatkan Malaysia Airlines dan Osmon Aero.
Ketua Pegawai Eksekutif Osmon Aero, Anastasiya Arushanova memberitahu Bernama bahawa perkhidmatan penerbangan sewa khas akan bermula dari 9 Julai.
“Penerbangan sewa khas itu dikendalikan Osmon Aero,” katanya selepas majlis pelancaran di Kedutaan Uzbekistan di Malaysia.
Beliau berkata ada satu penerbangan untuk setiap 10 hari sehingga Oktober.
“Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan terus itu. Pelancaran penerbangan terus ini memainkan peranan besar dalam memperbaharu hubungan rapat negara dan rakyat antara dua benua,” katanya.
Turut hadir Duta Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov.
Sumber: BERNAMA
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.