28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

“Penipu akan sentiasa menipu” – Ciapan Twitter Zizi Kirana cetus tanda tanya

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah @Zizie Mad Tahil menjadi bualan hangat netizen apabila dia secara tiba-tiba memuat naik sebuah ciapan di Twitter yang mengundang persoalan serta tanda tanya.

Menerusi ciapan tersebut, Zizi menganggap wanita sering menggunakan perasaan dan disebabkan itulah, ‘mood’ tidak menentu tetapi, lelaki pula banyak menggunakan akal ‘panjang’ mereka untuk melakukan perbohongan.

ustaz cakap , Perempuan ni banyak guna perasaan, tak menentu mood dia 🤣 , yang lelaki pulak banyak guna akal , sebab tu akal dia panjang , pandai berbohong ! 🤭

— Zizi Kirana (@EHZiziKirana) December 26, 2022

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang berbeza pula, penyanyi yang berusia 37 tahun itu menegaskan penipu akan sentiasa menipu dan disebabkan perkara tersebut akan membuatkan golongan tersebut sering tertanya-tanya mengapa hidup mereka menjadi teruk.

A CHEATER WILL ALWAYS CHEAT, A LIAR WILL ALWAYS LIE, AND THEN THEY WONDERWHY THEIR LIFE ISBAD? 🤪

— Zizi Kirana (@EHZiziKirana) December 27, 2022

Terdahulu, tular khabar angin yang mengatakan Zizi cemburu apabila didakwa sering dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin sewaktu bekerja.

Namun begitu, Zizi menepis spekulasi tersebut dengan memaklumkan dia hanya sekali sekala menemui suaminya di lokasi penggambaran terutama apabila mempunyai waktu terluang.

Sebelum ini, aktres Intan Najuwa memilih untuk lebih berhati-hati apabila bergandingan dengan suami Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin yang menjaga batas dalam lakonan bagi mengelakkan sebarang kontroversi tidak diigini berlaku.

Sekadar info, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf  Bahrin pada 19 September tahun lalu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Twitter @EKZiziKirana


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI