26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023
spot_img

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi kahwin dua yang dihadapi bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu.

Ia dilihat semakin tular selepas media melaporkan dua isterinya, Datin Zalina Zaini dan Fyna Jebat terbabit dalam pergaduhan di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @yungsbrna yang dipercayai anak saudara kepada Zalini mengakui sebak apabila mengenang nasib ibu saudaranya yang sudah 38 tahun menjaga hubungan rumah tangga.

@yungsbrna

found this video in my drafts and this made me tear up so much. you don’t deserve any of this maklong, you deserve all the happiness in the world. 38 years of devoting your whole life to your family, and this is what you get in return? men aint shit and penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni.

♬ original sound – MVM Music – MVM Music

Menurut @yungsbrna, wanita berusia 61 tahun itu layak menjalani kehidupan penuh bahagia tetapi disebabkan orang ketiga, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Found this video in my drafts and this made me tear up so much. You don’t deserve any of this maklong, you deserve all the happiness in the world.
“38 years of devoting your whole life to your family, and this is what you get in return? Men aint shit and penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni,” tulisnya pada sebuah video dimuat naik.

Rakaman video tersebut memaparkan momen ibunya bersama Zalina meraikan sambutan ulang tahun kelahiran masing-masing dalam sebuah majlis.

Sementara itu, anak perempuan Zalina iaitu Zahira Aisyah turut berkongsi satu video di TikTok menitipkan kata-kata semangat buat ibunya dalam berdepan dugaan berkenaan.

@nzaisyahhh

no one could ever compare to you, no one could ever replace you. i love you forever my beautiful and strong mama ❤️🥰

♬ Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri

Menerusi kapsyen, Zahira menyifatkan ibunya tidak dapat dibandingkan dan digantikan dengan orang lain selain meluahkan rasa sayang terhadap wanita berkenaan.

“No one could ever compare to you, no one could ever replace you. I love you forever my beautiful and strong mama,” katanya.

Terdahulu, polis Shah Alam mengesahkan kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Difahamkan, suspek (isteri pertama) marah kepada Fyna yang juga seorang penyanyi kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.

Sumber: TikTok @yungsbrna & @nzaisyahhh

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI