30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022
spot_img

Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat!

Port Dickson sering menjadi pilihan sebagai destinasi percutian kerana terletak tidak jauh dari Lembah Klang dan juga negeri-negeri lain di Selatan Semenanjung Malaysia. Kat sana juga banyak pilihan penginapan mengikut kesesuaian dan keselesaan serta bajet korang sendiri.

Eagle Ranch Resort yang terletak di Port Dickson antara resort yang boleh dijadikan pilihan penginapan kerana mempunyai banyak aktiviti dan juga kemudahan yang terbaik untuk para pengunjung.

Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat! Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat!

7 Jenis Penginapan

Di resort ini terdapat 7 jenis penginapan untuk korang pilih. Mempunyai lebih kurang 123 bilik, ini jenis bilik yang ada di sini:

  • Teepee
  • Bandwagon
  • Log cabin
  • Kampung house
  • Eagle terrace
  • Paddock chalet
  • Dorm

Fasiliti terbaik

Bagi yang berkeluarga, fasiliti seperti kolam renang menjadi keutamaan. Di Eagle Ranch Resort, korang boleh dapat semua itu, malah mereka mempunyai kolam renang yang besar dan luas.

Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat! Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat! Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat!

Kalau menginap kat sini juga korang tak perlu risau tentang makanan kerana terdapat restaurant dan café yang menyediakan pelbagai jenis hidangan dari makanan tempatan sehinggalah makanan barat.

Sesuai untuk Family Gathering & Team Building

Mempunyai keluasan 19 ekar, tempat ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi family gathering atau mengadakan team building. Kawasan yang luas membolehkan korang mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan di sini.

Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat! Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat! Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat!

Antara aktiviti yang boleh korang buat kat sini adalah:

  • Paintball
  • Berakit
  • Memanah
  • Go kart
  • Flying fox
  • Paddock ride
  • Taman arnab
  • Berbasikal
  • Bola sepak bubble
  • VR game
  • Ping pong
  • Bola tampar
  • Bola keranjang
  • Futsal
  • Dirt buggy
  • Sukan air

Pendek kata kalau nak bonding dengan keluarga sambil buat aktiviti best, kat sinilah tempatnya!

Alamat: Lot 544, Batu 14, jalan Pantai, PD, Negeri Sembilan

Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat! Percutian Ala Cowboy Di Eagle Ranch Resort, PD. Sesuai Buat Gathering Keluarga, Banyak Aktiviti Best Boleh Buat!

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI