23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Perginya ‘Menteri Legend’ Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur! Ini Kisah Epik Mendiang Tun Samy Vellu Yang Ramai Tak Tahu

Pada 15 September, 2022 — Bekas Presiden MIC, Tun Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 7 pagi tadi pada usia 86 tahun.

Bergelar antara bekas menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun, banyak cerita politik mendiang yang mungkin ramai tidak tahu apatah lagi oleh golongan generasi muda.

Seorang pengguna Facebook, Khairul Azri berkongsi sedikit kisah perjuangan mendiang Samy Vellu dalam sejarah lipatan bagaimana negara kita mengecapi Hari Malaysia yang kebetulan jatuh sehari selepas pemergian beliau iaitu 16 September.

Perginya Menteri Legend Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur Ini Kisah

PERKONGSIAN CERITA TENTANG TUN SAMY VELLU

“Kalau sebut Sammy Vellu..

Barangkali generasi Z, generasi Tiktok dan mungkin juga generasi Twitter tak kenal siapa sosok ni.

Dan kalau tanya generasi boomers dan millenial facebook pula..

Yang mungkin lekat di kepala adalah sekadar sosok meme dengan audio,

“Ini semua kerja gila, banyak orang sudah gila masuk hospital Tanjung Rambutan atau Tampoi..”

Tapi dalam lipatan sejarah, beliau adalah dari kalangan kaum MUDA pasca merdeka yang prominen di zaman Tunku Abdul Rahman.

Settingnya, tahun 1963,

Malaya isytihar nak bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak dan dipanggil Malaysia.

Bila?

31 Ogos 1963.

Bila announce je, kecoh Asia Tenggara.

Indonesia dan Filipina buat teruk mengadu dekat PBB bahawa penubuhan Malaysia tak selari dengan prinsip “national self-determination”.

Kononnya new colonization, tangan illuminati British. Depa tuduh tinjauan Suruhanjaya Cobbold tipu. Fake news kata mereka.

Maka delay lah penubuhan Malaysia, tak jadi 31 Ogos 1963. Kalau tak tak bergaduhlah kita tiap tiap tahun kenapa Sabah Sarawak nak sambut merdeka 31 Ogos…

Masuk bulan September 1963, 14 haribulan

SU Agung PBB, U Thant (tulah asal nama Jalan U Thant kata penubuhan Malaysia fulfilled prinsip self-determination..

Maka Malaya dapat greenlight tubuh 16 September 1963 gabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak jadi Malaysia.

Dengar je camtu..

Apalagi Indonesia dan Filipina masih merentan, mengamoklah rakyat Indonesia bakar kedutaan Malaya di Medan.

Bila dengar kedutaan kita kena bakar, rakyat kita react pergi pulak kedutaan Indonesia di Malaya. Mana boleh depa ja nak tunjuk garang.

Dan dalam ramai-ramai anak muda masa tu, yang menarik perhatian adalah Khalid Yunus dan Samy Vellu.

Khalid Yunus dengan Samy Vellu masa tu baru umur 20 dan 27 tahun..depa panjat kedutaan turunkan bendera Indonesia, naikkan bendera Malaysia.

Dan paling legend, haritu adalah bila Khalid Yunus yang awalnya datang sebagai pemberita Utusan Melayu untuk buat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut. Tapi dengan dia sekali pun naik sheikh.. dari reporter join jadi penunjuk perasaan terus.

😂

1663237633 32 Perginya Menteri Legend Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur Ini Kisah

Maka jadilah gambar ikonik seperti diatas, Khalid Yunus dan Samy Vellu caught in photo menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan ganti bendera Malaysia, kibar kibar.

Kau tau apa depa buat apa lepas tu?

Depa heret bendera tu naik skuter dari Jln Ampang sampai rumah Tunku Abdul Rahman kat Jln Dato’ Onn.

Bila sampai rumah Tunku depa suruh Tunku keluar, mula mula Tunku tanak, diorang paksa usung dan suruh Tunku pijak bendera pancasila tu…

Tapi Tunku being Tunku, dia tak nak pijak pancasila.

Bila Tunku tak nak pijak, kau tau apa depa buat? depa dukung Tunku letak terus atas bendera tu..Hahaha.

Khalid Yunus kata time tu Tunku sebut,

“awatlah hampa buat aku macam ni” sambil air matanya bergenang keluar.

Dia kata dia nampak air mata Tunku tergenang tetapi dia tak taahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yg bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan semangat anak muda macam dorang.

Lepas tu, memang kecohlah

Keluar paper semua Tunku pijak(duduk) atas PancaSila.

Soekarno apa lagi tunjuk mengamuk dan kutuk perbuatan Tunku yang konon dah pijak lambang negara Indonesia dan guna peluang ni dengan lancarkan gerakan Ganyang Malaysia.

The rest is history lah. korang pun tau apa jadi.

1663237633 31 Perginya Menteri Legend Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur Ini Kisah

Dan harini 15/9/2022,

Genap 59 selepas gambar ikonik di atas dan sehari sebelum Hari Malaysia esok..

Samy Vellu yang dah dapat gelaran Tun Samy Vellu pun dah pergi meninggalkan kita.

Dari geng anak muda tukang panjat cabut bendera naik ke puncak kuasa, suka duka perjuangan yang penuh ‘cerita’.

Menunjukkan bahawa sosok tua dalam politik pun bermula juga sebagai anak MUDA dalam lipatan sejarah, jadi jangan ditinggalkan, dipandang rendah impak mereka.

Apapun Salam Takziah kepada keluarga mendiang.

Selamat Hari Malaysia.”

SEJARAH POLITIK TUN SAMY VELLU

1663237633 24 Perginya Menteri Legend Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur Ini Kisah– Samy Vellu menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.

– Beliau mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun pada 1959 apabila menyertai MIC cawangan Batu Caves.

– Mendiang juga adalah antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

– Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya daripada 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.

– Mendiang pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi dari 1978 hingga 2008.

– Sebelum nama mendiang dikenali ramai, tidak siapa tahu liku yang terpaksa ditempuhi sosok dihormati itu apabila pernah memulakan kerjaya sebagai konduktor bas.

– Permintaan terakhir Samy Vellu sebelum mendiang menghembuskan nafas, apabila meminta pemandu peribadi membawanya ronda-ronda tidak jauh dari kawasan kediaman.

10 KATA-KATA PALING LAWAK MENDIANG TUN SAMY VELLU YANG SELALU BUAT RAKYAT TERHIBUR

 

1663237634 13 Perginya Menteri Legend Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur Ini Kisah1. Tun Samy Vellu pada Pos Laju Malaysia – “Besok kirim, semalam sampai”

2. Tun Samy Vellu bercakap mengenai kehormatan beliau – “Ini perkara banyak memalukan saya. Sebenarnya, kemaluan saya sangat sangat besar”

3. Tun Samy Vellu bercakap mengenai dadah – “Orang orang mude sekarang banyak suka hisap dade”

4. Tun Samy Vellu beri ceramah – “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. Salah seorang penduduk bertanya; Tapi Datuk, sini tak ada sungai, buat apa bina jambatan? Samy dengan bangganya membalas, Kalau tak ada sungai, kita bina sungai”

5. Tun Samy Vellu di berita nasional – “Tol naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua tol saya punya bapak punya kah?”

6. Semasa krisis air berlaku – “Semua orang diminta jangan membuang air”

7. Semasa derma darah di Sungai Siput – “Marilah kita semua menderma dara”

8. Semasa pembukaan acara di suatu ceramah – “Selamat datang saudara mara semua” sepatutnya saudara-saudari

9. Semasa pembukaan acara 2 – “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain”

1663237635 278 Perginya Menteri Legend Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur Ini Kisah

10. Paling lawak antara semuanya  – “Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi ke matahari! Barulah USA dan Rusia respect sama kita!

Pemberita membalas – “Tapi Datuk Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?”

Tun Samy Vellu balas – “Itu pasal you takda jadi menteri, saya sudah 30 tahun jadi menteri, mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam baru ada sejuk!

Perginya Menteri Legend Yang Selalu Buat Rakyat Terhibur Ini Kisah

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI