26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Pernah Ke Pulau Carey? Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Sana

Terdapat banyak tempat menarik untuk diterokai di Selangor dan salah satunnya adalah Pulau Carey! Menurut Tourism Selangor, berikut adalah 7 lokasi wajib yang anda perlu lawati di Pulau Carey pada tahun 2022.

Amverton Cove Golf Dan Island Resort
Pernah Ke Pulau Carey Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Bolehvia Tourism Selangor

Amverton Cove Golf & Island Resort menawarkan penginapan yang mesra keluarga. Disini terdapat padang golf, kemudahan kecergasan, spa dan restoran.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukakn disini, terutama yang membawa keluarga dan inginkan suasana yang menenangkan.

Alamat : Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

Riverine Splash
1653785197 236 Pernah Ke Pulau Carey Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Bolehvia Tourism Selangor

Resort ini mempunyai Taman Tema Riverine Splash Water dan terdapat lebih 12 tarikan dan gelongsor yang anda kena cuba. Antaranya Anaconda Tube Slide, Rimba River, Survival Park dan juga Kiddie Beats yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Taman Tema Riverine Splash Water ini ditutup setiap hari Selasa dan dibuka pada pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Harga kemasukkan untuk dewasa adalah RM58 manakala untuk kanak – kanak adalah RM38 untuk tiket sepanjang hari.

Alamat : Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

Riverine Survival Park
1653785197 454 Pernah Ke Pulau Carey Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Bolehvia Tourism Selangor

Satu lagi tarikan yang patut anda lawati ialah Riverine Survival Park! Dibina di tengah- tengah gugusan pokok Beringin yang cantik, taman ini akan memberikan teduhan dan anda boleh menghirup udara segar di sekitar taman.

Antara tarikan menarik yang boleh anda cuba ialah berlari melalui Garden Maze, zip Flying Fox dan pelbagai lagi.

IKLAN

Alamat : Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli Sungai Bumbun
1653785198 966 Pernah Ke Pulau Carey Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Bolehvia Tourism Selangor

Pusat merupakan pusat setempat bagi aktiviti kesenian Orang Asli terutama suku kaum Mah Meri. Suku kaum Mah Meri terkenal dengan seni ukiran kayu dan kebudayaan tarian Jo’oh.

Antara aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti demostrasi kraf ukiran dan anyaman, menyumpit, pakej tarian jooh, pakej perkahwinan tradisi, penginapan rumah tradisi serta jualan produk kraftangan dan herba.

Kemasukan dewasa hanya RM20, dan pusat kraftangan ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Alamat : Kampung Manikavasagam, 42960 Carey Island, Selangor.

Mah Meri Cultural Village

Mah Meri Cultural Village adalah tempat dimana anda boleh merasai suasana masyarakat orang asli, lengkap dengan pakaian, kraftangan, dan tarian orang asli.

Bayaran masuk ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak. Waktu operasi hanya adalah pada hari Sabtu dan Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat beberapa gerai di kampung itu yang menjual makanan dan kraf tangan orang asli.

Alamat : Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey, Selangor.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Sumber: murai.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI