25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Persis Cleopatra, Ayda Jebat disamakan dengan AC Mizal versi ‘mak nyah’

Penampilan penyanyi Ayda Jebat dalam program nyanyian Famili Duo sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila solekan dan busana yang dipakainya berjaya memukau penonton terutama warganet di media sosial.

Difahamkan, solekan Ayda semalam ditatarias oleh jurusolek profesional terkemuka iaitu Dato’ Alha bagi menjayakan persembahan bersama adiknya, Fyna Jebat.

Bukan setakat solekan yang bertaraf antarabangsa sahaja menjadi perhatian, bahkan busana dan hiasan digunakan oleh kedua-dua beradik di pentas Famili Duo juga memukau orang ramai.

Mana tidaknya, kedua-dua beradik ini berani mengetengahkan fesyen meletop persis Puteri Cleopatra dengan memenuhi hiasan keemasan di seluruh badan walaupun tiada ‘mahkota’ di atas kepala.

325426601 537281338172115 7079662736470775889 n

325463529 572246964755219 468670350583315278 n

325610608 739888347416165 5403366815889375873 n

Walaupun ramai memuji kecantikan solekan oleh Dato’ Alha, namun ada juga di kalangan netizen di laman Facebook sempat berseloroh dengan mengatakan wajah Ayda Jebat persis seorang pelakon senior.

Meninjau di ruangan komen semua portal hiburan, rata-rata netizen mengaitkan solekan Ayda Jebat itu seakan sama dengan wajah aktor, Dato’ AC Mizal sewaktu menjayakan watak ‘mak nyah‘ dalam drama bersiri Gerak Khas.

Screenshot 2023 01 23 at 1.04.58 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.05.05 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.05.13 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.05.27 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.05.35 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.05.45 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.05.56 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.06.06 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.06.12 PM

Selain itu, ada juga warganet mengatakan hasil solekan adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna persis aktres Sharifah Shahora dan Sharifah Sakinah kerana hampir seiras.

Screenshot 2023 01 23 at 1.10.24 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.10.30 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.10.42 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.10.52 PMScreenshot 2023 01 23 at 1.10.58 PM

Terdahulu, penampilan Ayda Jebat sewaktu beraksi di pentas Famili Duo minggu kelima dikatakan persis watak Hantu Kak Limah dan ia mendapat perhatian penyanyi berusia 31 tahun.

kaklim 768x403 1

Sumber: YouTube Friends of PDRM, Facebook Ohbulan

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI