Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahiran ke- 64 suami tercintanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di kediaman mereka dengan dihadiri keluarga terdekat.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan suasana majlis ulang tahun tersebut yang diadakan secara bersederhana telah berjaya meraih perhatian ramai.
Terima kasih kerana sudi jemput Pal Litt ♥️ #upstorydulubarulayan
♬ Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza
Dalam video tersebut, kita semua dapat melihat bahawa Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti menjemput pelbagai gerai makanan sebagai juadah untuk majlis itu.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perubahan fizikal suami Tokti yang kelihatan berbeza berbanding dahulu dimana bahagian perutnya kelihatan agak ‘buncit’.
Susulan itu, netizen menganggap perubahan tersebut adalah salah satu bukti kepada Tokti yang pandai menjaga suami makan minum suaminya.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar penyanyi yang berusia 44 tahun itu sentiasa bahagia di sisi keluarga dan berharap agar urusannya dupermudahkan selalu.
Sekadar info, Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: TikTok @pallitt.aiskrim
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.