Penggemar aktiviti berbasikal kini mempunyai lokasi baharu untuk dikunjungi apabila Lake Cabin di Pit Stop @ Anjung Floria, Presint 4, di sini beroperasi secara rasmi mulai hari ini.
Tarikan terbaharu itu merupakan sebuah premis pelbagai fungsi yang menawarkan kedai menyewa, menjual dan membaiki basikal termasuk sebuah kafe.
Selain menyediakan perkhidmatan sewaan, jualan dan servis basikal, Lake Cabin juga bakal menjadi pusat penganjuran sebarang aktiviti berkaitan basikal pada masa akan datang sekali gus memeriahkan lagi ruang rekreasi di Putrajaya.
Sempena pelancaran Lake Kabin ini, diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada pengunjung di BOXKL, Lake Cabin bermula 27 Mei 2022 – 2 Jun 2022.
Alamat: Pit-Stop @ Anjung Floria, 62100 Putrajaya
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.