25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Poster hanya edit! Beto Kusyairy rupanya tak pegang tangan Diana Danielle

Nama pelakon Beto Kusyairy atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan bin Osman rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, dia menjadi idola ramai kerana dianggap artis kurang dengan kontroversi murahan.

Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia mendedahkan rupanya pelakon yang berusia 43 tahun itu tidak memegang tangan aktres Diana Danielle dalam poster filem Imaginur telah mengejutkan ramai.

@chuha.fox

Patutlah Beto Khusyairi tak nak pegang tangan Diana Danielle. Rupanya poster tu edit je.. baru tau 🤣 Hebat. Imaginur di pawagam sekarang. Kalau dah tonton boleh share review tau.. #imaginur #imaginurfilm #betokhusyairy #dianadanielle #edit #poster #foryou #fyp #fyp? #janganfyp #masukberanda #esekeli #fypシ #fypage #viral #videoviral #fypdongggggggg #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #abbychoi #hafidzroshdi #syamsulyusof #niksayangwargaemas

♬ original sound – alisha メ૦

Dalam perkongsian tersebut, poster itu memaparkan Beto sedang memegang tangan Diana namun rupa-rupanya, ia hanyalah edit semata-mata dan sebenarnya aktor itu pegang tangan seorang lelaki.

“Patutlah Beto Khusyairi tak nak pegang tangan Diana Danielle. Rupanya poster tu edit je.. baru tau,” ujar pemilik video tersebut di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan pula babak Beto memeluk Diana adakah ia hanyalah edit atau benar-benar dilakukan.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang menegaskan babak tersebut juga adalah edit dimana Beto memeluk seorang lelaki kemudiannya diedit menggunakan teknologi yang disediakan oleh pihak produksi.

Screenshot 2023 03 07 at 2.56.51 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.56.57 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.57.07 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.57.21 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.57.42 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.57.53 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.58.05 PM

Dalam pada itu, netizen memuji tindakan Beto yang sentiasa menjaga batasnya ketika berlakon dengan wanita lain memandangkan mahu menjaga seorang insan yang bergelar isteri.

Screenshot 2023 03 07 at 2.59.38 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.59.45 PM Screenshot 2023 03 07 at 2.59.54 PM Screenshot 2023 03 07 at 3.00.03 PM Screenshot 2023 03 07 at 3.00.15 PM Screenshot 2023 03 07 at 3.00.24 PM

Sumber: TikTok @chuha.fox

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI