28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Premis diarah tutup serta! Padah tukang masak biarkan kanak2 ‘kencing’ di dapur

Sebuah restoran di pusat beli-belah di Kota Tinggi telah di arah tutup serta-merta.

Ia berikut selepas penularan sebuah video memaparkan seorang tukang masak wanita membiarkan kanak-kanak lelaki membuang air kecil di bahagian dapur.

Hal ini disahkan oleh Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon susulan tindakan  dibuat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi yang dijalankan di premis berkenaan pada jam 11.45 pagi semalam.

“Hasil siasatan mendapati premis disewakan kepada warga asing. Kesemua empat pengendali makanan terbabit didapati tidak mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan serta seorang daripada mereka tidak mempunyai suntikan Typhoid,”ujarnya.

Katanya lagi, arahan penutupan premis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Makanan 1983 serta Arahan Pembersihan bi bawah Seksyen 10(1) Akta Makanan 1983.

“Kompaun juga turut dikeluarkan ke atas pemilik premis kerana gagal memastikan premis di dalam keadaan baik dan bersih di bawah Peraturan 11(1), dibaca bersama Peraturan 15(1) kerana tidak mendaftarkan premis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam satu kenyataan.

Screenshot 2022 12 16 at 6.50.58 PM

Tian Soon berkata, restoran terbabit juga dikesan mempunyai kesalahan lain seperti tempat penyimpanan yang kotor, lantai premis tak dibersihkan, dinding berhabuk dan bersawang.

Malah, talang telur juga berada di tempat penyediaan makanan dan telur-telur tidak dicuci sebelum digunakan. Selain itu, tempat mencuci tangan juga didapati tidak dilengkapi dengan sabun cecair dan pengering tangan mahupun tuala pakai buang.

Tong sampah di premis berkenaan turut dikesan tidak dibersihkan, kotor dan dibiarkan terbuka dengan begitu sahaja.

“Malah sistem saliran yang tidak efektif dan menyebabkan air limpah mengalir ke atas permukaan jalan,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada tukang masak di restoran terbabit ‘kencing’ secara berdiri berhampiran sinki dapur. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan dilihat selamba ‘lap’ kemaluan anaknya sebaik sahaja selesai sebelum menyambung semula memasak.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin), Facebook Cty Hawa

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI