26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022
spot_img

Wow! Pulau Pinang Diiktiraf Salah Satu Daripada 22 Destinasi Terbaik Dunia Untuk Dikunjungi Pada 2022

Pulau Pinang sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada 22 destinasi terbaik untuk dikunjungi pada 2022 menerusi artikel yang diterbitkan oleh CNN Travel.

Menerusi artikel itu, Pulau Pinang disenaraikan bersama destinasi pelancongan popular lain seperti Chile, Colombo, Dijon di Perancis, Greenland, Taman Negara Gabon, Jordan, Lahti di Finland dan lain-lain sebagai antara destinasi terbaik untuk dilawati tahun ini.

ccimage shutterstock 586492748

Artikel CNN Travel itu menyatakan bahawa Pulau Pinang yang terletak berhampiran Laut Andaman itu menawarkan gabungan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.

“Di Pulau Pinang juga terdapat Baba Nyonya (Peranakan) yang mana masakan mereka menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu.

2018032142 penanghill 1 (2)

“Semuanya boleh didapati di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh negeri, malah di Georgetown ia dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris sehinggalah ke rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid untuk masyarakat Islam,” kata artikel itu.

Baru-baru ini, Pulau Pinang dinamakan sebagai salah satu daripada 15 pulau terbaik di dunia untuk bersara oleh International Living, sebuah laman web yang merangkumi peluang persaraan untuk peringkat antarabangsa

Sumber Gambar: Traveltriangle, Thecrazytourist, Letsgoholiday.my

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI