23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Puteri Sarah Akui Stres – “Pernah Pukul Anak, Susu Badan Tak Keluar”

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui berdepan pelbagai tekanan sewaktu melalui kemelut rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.

Menerusi temu bual eksklusif bersama Majalah Nona baru-baru ini, pelakon berusia 37 tahun itu mendedahkan dia mempunyai masalah keyakinan diri sehingga susut berat badan.

“Saya takde keyakinan, rasa tak cantik, down dan buruk sehingga kurus kering dengan berat 47 kilogram.

“Masa tu tak happy dengan fizikal saya tapi tak boleh buat apa sebab dah takde keyakinan diri. Rasa takut nak berdepan dengan realiti,” katanya.

Sarah berkata, lebih disifatkan menyesal apabila dia bertindak memukul anak sulungnya Syaikhul Islam yang ketika itu berusia sekitar dua tahun.

“Saya pukul Syaikhul sebab tertekan, masa tu dia baru dua tahun. Tapi ya anak-anak tak ingat, tapi sebagai ibu saya ingat apa saya buat kat dia.

“Ketika itu saya bukan sengaja, tak sedar sebab terlalu banyak masalah dalam kepala. Kejadian tersebut membuatkan saya terfikir, ya Allah aku ibu yang jahat. Aku tak boleh buat macam ni.

“Dia tak tahu apa-apa. Itu pertama dan terakhir.. sampai dia ingat mama tak sayang dia. Padahal melepaskan tekanan pada anak-anak,” ujarnya.

Screenshot 2022 09 06 at 9.28.43 PM

Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu juga berkongsi, dia terkilan hanya mampu memberi susu badan kepada anak keduanya Sumayyah sehingga berusia enam bulan sahaja.

“Paling saya sedih hanya menyusukan Sumayyah sampai umur dia enam bulan sahaja. Sebab saya tertekan, susu badan tak boleh keluar.
“Padahal nak menyusukan dia sampai umur dua tahun,” luahnya sambil menitiskan air mata.

Temu bual berdurasi hampir setengah jam itu meraih 23,500 sejak dimuat naik pada 2 September lalu di saluran YouTube Majalah Nona.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Sumayyah, 3.

Kredit: YouTube Majalah Nona

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI