25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Radhi OAG ‘merapu’ atas pentas konsert? Individu minta AADK pantau

Semalam, berlangsungnya Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Malawati, Shah Alam dengan mempersembahkan beberapa buah lagu seperti Name of The Game, Venusia, Dayang, PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu dan Merpati Putih khas buat para peminat kumpulan tersebut.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik perhatian ramai adalah konsert tersebut turut diselangi dengan selawat dan mengingat Tuhan daripada vokalisnya, Radhi, telah membuatkan ramai yang sejuk hati apabila mendengarnya.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang mendakwa persembahan yang disajikan oleh Radhi lain daripada yang lain memandangkan dia kelihatan ‘merapu’ ketika di atas pentas sehingga menyebabkan konsert tersebut lewat selama setengah jam.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitternya, individu terbabit meminta agar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membuat pemeriksaan terhadap penyanyi itu sebelum membuat persembahan.

Aku harap kat belakang stage ada AADK.

Check Radhi makan apa sebelum konsert. pic.twitter.com/L1BHzbTPra

— Mutalib Uthman (@mutalibuthman) December 25, 2022

Walaupun Konsert 30 Tahun Generasiku OAG start lambat setengah jam dan Radhi terbang melayang, AKU PUAS HATI SEBAB BANYAK LAGU YANG AKU SUKA TAPI TAK PERNAH TENGOK DIORANG PERFORM LIVE ADA MALAM NI! SIAP ADA SELAWAT LAGI! pic.twitter.com/8C3tBHDRqo

— You (@pkckAm) December 25, 2022

Dalam video yang tular di laman sosial, kelihatan penyanyi yang berusia 45 tahun itu sedang membaling sehelai baju yang dipercayai hadiah kepada mereka yang duduk di depan pentas.

pic.twitter.com/gCcWKNfYcv

— stratton oakmond (@ffarishputraa) December 25, 2022

Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa hairan mereka apabila melihat tindakan luar biasa penyanyi kelahiran Kuching itu yang berbeza berbanding dengan persembahannya pada konsert sebelum ini.

Bahkan, ada netizen yang menegaskan tindakan ‘pelik’ penyanyi itu adalah lebih baik berbanding kena ludah seperti mana yang dilakukan oleh penyanyi terkenal sebelum ini.

Screenshot 2022 12 26 at 3.45.38 PMScreenshot 2022 12 26 at 3.45.52 PMScreenshot 2022 12 26 at 3.46.02 PMScreenshot 2022 12 26 at 3.46.17 PM

Sumber: Twitter @mutalibuthman, @ffarishputraa, @pkckAm

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI