28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Rahsia Ayam Masak Kicap Jadi Sedap Sangat, Letak Perencah Ini Barulah Lebih Mantap!

Ayam masak kicap merupakan sajian yang tidak asing dalam kalangan Malaysia. Ia menjadi lauk kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap walaupun cara penyediaannya ringkas.

Biasanya, cara penyediaan ayam masak kicap memang sama dengan rasa yang sama. Tapi, kalau nak ayam masak kicap ini lagi sedap boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ida Radzi ni.

Korang pernah buat tak ayam masak kicap letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cubalah buat! Memang sedap rasanya. Disertakan resepi ayam masak kicap untul 3/4 ekor ayam.

Rahsia Ayam Masak Kicap Jadi Sedap Sangat, Letak Perencah Ini Barulah Lebih Mantap!

Bahan-Bahan:

  • 3/4 ekor ayam – dipotong
  • bawang besar – dihiris
  • bawanng putih – ditumbuk kasar
  • halia – diketuk
  • 1 batang serai, dititik (pilihan, letak lagi sedap).
  • 1/2 sudu kecil serbuk rempah sup (letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan.
  • kicap lemak manis

Cara Penyediaan:

  • Gaul ayam dengan kunyit dan garam kemudian goreng. Tak perlu garing sangat. Ketepikan.
  • Tumis semua bahan hingga naik bau. Kemudian masuk kicap dan sedikit air (guna kicap lemak manis).
  • Bila kuah sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng. Garam tak perlu sebab sebelum goreng ayam kita dah letak garam. Kicap pun dah ada manisnya.
  • Biarkan kuah sebati dengan ayam kemudian bolehlah diangkat.
  • Simple saja resepinya. Tapi InshaAllah sedap.

 

rahsia ayam masak kicap rahsia ayam masak kicap rahsia ayam masak kicap

Siap sudah hidangan rahsia ayam masak kicap kita! Letak je perencah sup pasti rasanya lain dan sedap! Makan pula dengan nasi panas-panas. Bagi penggemar ayam masak kicap, cubalah style masakan ni okay!

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Ida Radzi 

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI