28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

“Ramai Sebak…” – Bayi Empat Bulan Wakil Ibu Terima Ijazah, Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Ibunya…

Kisah pilu yang biasa kita dengar ialah ibu atau ayah akan mengambil ijazah, mewakili anaknya yang telah meninggal dunia sebelum majlis graduasi. Tetapi kali ini, kisah pilunya ialah seorang anak mewakili arwah ibunya untuk mengambil ijazah ibunya. Namun yang membuatkan orang ramai tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ialah anak itu baru berusia empat bulan. Bagaimana perkara ini terjadi?

220813 graduation 02

Suasana majlis menjadi pilu apabila melihat bayi kecil yang lengkap berjubah konvokesyen itu naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah milik arwah ibunya.

Kimberly, bayi berusia empat bulan hadir dalam majlis konvokesyen Universiti Andi Djemma, Kota Palopo, Sulawesi Selatan untuk mewakili arwah ibunya, Citra Fadhila Arsyad, graduan bidang Pengurusan.

220813 graduation 01

Menurut Nurjannah, Ketua Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan universiti itu kepada detikSulsel pada Selasa lalu, orang ramai termasuklah Ketua Senat, Canselor dan Dekan Fakulti yang hadir dalam majlis graduasi itu menangis melihat kedatangan Kimberly yang mewakili arwah Citra.

Kimberly yang didukung oleh neneknya, ibu kandung kepada Citra turut ditemani oleh nenek sebelah bapanya. Difahamkan, bapa Kimberly sepatutnya hadir sama dalam majlis konvokesyen tersebut namun tidak dapat berbuat demikian kerana sedang menjalani hukuman penjara kerana terlibat dengan kes pelanggaran pengguna jalan raya.

Katanya, mereka berharap Kimberly adalah pilihan Allah yang diberi ujian saat masih tidak faham apa-apa. Mereka juga berharap agar Kimberly menjadi anak yang soleh, berguna, dapat meneruskan impian ibu dan membanggakan ibu bapanya.

Kata Nurjannah lagi, Citra sendiri baru mengetahui dirinya mengandung ketika usia kandungannya telah pun mencecah tujuh bulan. Disebabkan mengalami keracunan ketika kehamilan, dia melahirkan anaknya secara pramatang. Namun, umurnya tidak panjang. Citra meninggal dunia ketika melahirkan anaknya itu.

Sumber: mimbarraudhah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI