26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023
spot_img

Ramai sokong lelaki amuk ‘flight delay’ 8 jam -“Kita lewat seminit korang tutup gate”

Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki mengamuk di hadapan kaunter penerbangan kerana menunggu terlalu lama pesawat yang sepatutnya dinaiki olehnya serta penumpang yang lain.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.

Dalam video itu, jelas terdengar seorang lelaki di kaunter menggesa agar pihak pengurusan bertangugnjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi ada warga emas yang tidak berapa sihat.

@opmchimmy

Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair

♬ original sound – Chimmy – Chimmy

Selepas didesak, pihak pengurusan memberi jawapan bahawa hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Penjelasan tersebut membuatkan para penumpang semakin naik angin kerana mereka membiarkan penumpang menunggu selama 8 jam tanpa sebarang pengumuman.

Susulan daripada itu, penumpang yang menengking staf yang bertugas di kaunter tersebut telah tampil menjelaskan keadaan ketika itu yang mana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Firdaus Jailan mengatakan yang dia sepatutnya menaiki pesawat jam 11.35 malam untuk ke Kuching, Sarawak namun penerbangan telah ditunda dan tiada sebarang pengumuman sehingga mereka perlu menanti terlalu lama.

YB @anthonyloke please do somethinglah to Malaysia punya airline operator. @malindoair tak ada hati perut ker nak maklum kan kepada pelanggan hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit. pic.twitter.com/uRv1i8bgWG

— Mohd Firdaus Jailan (@firdausjailan) December 22, 2022

“Flight sepatutnya pukul 11.30 malam tapi apabila aku sampai, kakitangan syarikat penerbangan cakap delay ke pukul 2.30 pagi sebab keadaan cuaca.
“Apabila dia cakap macam tu, aku tanya lagi adakah akan ada delay lagi atau memang betul berlepas pukul 2.30 pagi. Dia cakap tak akan ada delay dah
“Sekarang tengok dekat skrin jadual penerbangan ni, tertulis flight kami pukul 6.35 pagi esok, tak ada cakap delay apa pun,” jelas Firdaus menerusi ciapan pada pukul 3.56 pagi Jumaat. 
“Seorang staf pun tak nampak muka. Makluman apa pun tak ada. Padahal awal-awal aku dah tanya, kalau delay lama lagi, aku nak check-in.
“Aku nak duduk luar, cari hotel dan tidur. Kau bayang daripada pukul 11 malam sampai ke pukul 6 pagi nak duduk je dekat airport satu hari tak tidur.
“Tak ada seorang pun staf syarikat penerbangan yang datang untuk tanya khabar kami atau berikan apa-apa maklumat. Kami memang left in the dark,” terang Firdaus tentang keadaan mereka pada ketika itu.

Dalam posting di TikTok juga, Firdaus turut mengatakan yang tiada sebarang pengumuman dibuat dan tindakannya menengking staf tersebut bersebab serta menyatakan petugas berkenaan adalah manager dari bahagian pengurusan.

@tukangfikir

Replying to @Masrianti.yan swmoga menjawab soalan. #tukangfikir

♬ original sound – TF – Business Strategist – TF – Business Strategist

 

@tukangfikir

Replying to @TF – Business Strategist malindo air mesti bertanggungjawab. Membiarkan oelanggan dalam keadaan tidak tahu apa-apa adalah salah dan biadap. #tukangfikir #malindoair #malindoaircabincrew #malindoairlines

♬ original sound – TF – Business Strategist – TF – Business Strategist

@tukangfikir

Replying to @ayeh Dahlah. Benda pun dah jadi, tinggal tindakan kita sahaja sebagai pengguna. TQ SEMUA. Bye. #tukangfikir #malindoair #malindoaircabincrew #flightdelayed

♬ original sound – TF – Business Strategist – TF – Business Strategist

Susulan daripada itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit kerana pernah mengalami masalah yang sama.

Mereka juga merasakan apa yang dilakukan dengan menunda waktu penerbangan tanpa memberitahu dan terlalu lama sangat keterlaluan memandangkan ia telah menyusahkan penumpang yang tidak membuat persediaan berhubung kejadian seperti itu.

IMG 8451

IMG 8452

IMG 8453

Walau bagaimanapun, setakat hari ini belum ada  sebarang penjelasan daripada pihak pengurusan syarikat penerbangan terbabit berhubung kejadian tersebut.

Sumber: TikTok @opmchimmy, @tukangfikir, Twitter Firdaus Jailan

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI