26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

“Rangup dan Pedas!” – Ini Dia Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

Kalau korang nak kelainan dalam sambal bilis korang, cuba buat sambal tempe ikan bilis pula! Pasti kena dengan selera. Ini antara sambal kegemaran ramai tau. Bukan orang Jawa sahaja yang suka. Sambal ni makan dengan nasi memang akan tambahkan selera korang.

Bukan setakat itu, kalau makan ratah pun memang menjadi. Silap haribulan, tak sempat makan dengan nasi, terus habis bila diratah. Jadi, boleh lah buat banyak terus dan simpan dalam balang.

Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang, boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan ni. Sambal ni katanya boleh tahan hingga 2 bulan jika betul cara masakannya.

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

Bahan-Bahan:

  • 6 peket tempe – hiris nipis, goreng betul-betul rangup.
  • 2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh (jika lepas goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer, InshaAllah rangup balik.
  • 500 gram kacang tanah – cuci, tos, goreng

Bahan-Bahan Sambal:

  • 2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi sedap.
  • 3 biji bawang merah – kisar
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • 1 ketul gula kabung
  • 4 keping asam keping
  • Garam secukupnya
  • Minyak goreng tempe

Cara Penyediaan:

Tumis bahan yang dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping, sampai pecah minyak.

sambal tempe ikan bilisKena masak lama sampai cili garing.Bila dah garing, tutup air dan biar kejap.Kemudian letak garam dan boleh masuk tempe, kacang dan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata.

sambal tempe ikan bilisSiap dah boleh makan. Jika nak simpan, letak dalam bekas kering.
272452479 10161534730882892 4905294297988933238 nsambal tempe ikan bilis

Tips Sambal Kekal Rangup & Lama

Pastikan sambal betul-betul garing supaya tempe kekal rangup selepas digaul. Sambal ini boleh tahan hingga dua bulan jika sambal betul-betul kering.

Korang boleh lah buat banyak terus, simpan dalam bekas. Buat ratah boleh, makan nasi pun boleh! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Sharinaz Rezwan

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI