23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“Rasa Nak Menangis..”, Restoran Drive Thru Syukor Burger Kini Beroperasi Di Johor, Terima Sambutan Menggalakkan

Biasanya, orang ramai akan selalu berkunjung ke McDonald’s, Marry Brown, KFC atau restoran makanan segera lain untuk mendapatkan burger yang sedap. Tetapi kini, jika anda mahukan kelainan rasa burger dan fast food lain,  anda boleh berkunjung ke restoran makanan segera air tangan rakyat Malaysia sendiri.

Terbaharu, Syukor Burger membuka restoran cawangan baharu di Johor dengan sekalikan konsep drive-thru di Tebing, Bandar Dato Onn. Ia sudah mula beroperasi mulai 1 September lalu dengan sambutan yang meriah dan menggalakan.

“Rasa Nak Menangis..”, Restoran Drive Thru Syukor Burger Kini Beroperasi, Terima Sambutan Menggalakkan

Syukor Burger

Video yang dimuatnaik oleh pengasas Syukor Burger, Syukor Majid semalam menunjukkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat tidak dijangka. Ramai yang beratur hingga ke luar pintu untuk merasai sendiri kesedapan makanan jualannya.

“Rasa nak menangis. Walaupun pelbagai dugaan datang, akhirnya Restoran Drive-Thru Syukor Burger di Tebing, Bandar Dato Onn sudah mula beroperasi semalam. Ramai pula tu datang. Terima kasih atas sokongan kalian,” katanya dalam hantaran video semalam.

Dalam pada itu, dia juga menyatakan maaf jika ada yang terkurang dan berjanji akan meningkatkan kualiti kerjanya secepat dan semampu yang boleh.

Syukor Burger

“Minta maaf kalau ada kekurangan. Kami masih baru, kalau ada kekurangan abang janji akan improvise cepat-cepat. Sekali lagi, terima kasih.

“Terima kasih dan tahniah juga pada staf-staf abang ni. Semoga bahagia kerja di sini. Kerja rajin-rajin nanti abang belanja kasut,” tambahnya lagi dalam hantaran sama.

Untuk info, Syukor Burger pernah mencipta fenomena apabila hasil jualannya terjual 1 juta biji pada Ogos tahun lepas.

Sebagai usahawan tegar sejak tahun 2010, dia cuba tawarkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang terkesan ketika Covid-19 misalnya.

Ucap Terima Kasih Atas Sokongan, Akan Perbaiki Jika Ada Kekurangan

Syukor Burger

“Saya bukan wakil rakyat atau jauh sekali ahli politik, tapi saya nak bantu mereka yang bergelut ketika pandemik Covid-19,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Menurut Sinar Harian tahun lepas, selain berjaya membuka peluang pekerjaan baharu, Syukur sudah mempunyai lebih 600 buah cawangan gerai seluruh Malaysia sekaligus berjaya membantu lebih 600 orang operator.

@syukormajid Alhamdulillah, terima kasih semua. 🥺🥰 #syukorburger ♬ suara asli – segalasumber

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang memuji anak tempatan terbabit atas usaha dan kecekalannya sehingga berjaya.

“Tak lama lagi Syukor Burger akan sebaris dengan Marry Brown, KFC dan McDonald’s kalau support orang Malaysia macam ni,” kata netizen bernama Aswani.

Syukor Burger Akan Setanding McD Dan Restoran Makanan Segera LainSyukor Burger

Semoga anak muda yang sedang berusaha segera mendapatkan hasil yang memuaskan. Yang penting, niat baik akan melorongkan kita kepada hasil yang tepat. Tahniah kepada Syukor Majid. Moga terus membantu orang-orang yang memerlukan dalam industri ini.

Sumber: Syukor Majid

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI