23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“Rasanya Manis & Kuah Pun Sangat Pekat” – Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kari Ayam Style Orang Jepun

Setiap negara mempunyai keunikan dan cara memasak masing-masing. Malah kelainan itu yang membuat setiap hidangan menarik dan berbeza-beza dari satu sama lain.

Antara hidangan yang mudah didapati adalah kari ayam. Namun, setiap negara akan menyuntingnya dan meletakkan bahan-bahan atau cara-cara tertentu supaya lebih sesuai dengan citarasa masing-masing.

Di Jepun, kari di negara tersebut mempunyai rasa yang sedikit manis dan kuah yang pekat. Jika anda ingin tahu, ini caranya untuk buat kari ayam cara orang Jepun yang telah dikongsikan oleh Zunita Ramli di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kari Ayam Cara Orang Jepun, Rasanya Manis & Kuah Pun Sangat Pekat

Bahan A (Pes kari Jepun)

  • 3 sudu besar mentega atau marjerine
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh Garam Masala
  • 1 sudu teh serbuk kari (tak kisah jenama apa)

Bahan B

  • 2 biji bawang besar (potong halus)
  • 6 ulas bawang putih (sagat)
  • 1 sudu besar madu
  • Air atau stok ayam
  • 1 biji epal merah atau epal fuji (sagat)
  • 500 gram ayam (potong kecil)
  • 1 batang lobak merah (potong kecil)
  • 3 biji kentang (potong saiz sederhana)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya

Cairkan mentega atau marjerine dengan api perlahan dan masukkan tepung gandum.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Kacau lebih kurang 20 minit sampai sedikit kekuningan macam ini. Pastikan sentiasa kacau ya, kalau tak nanti boleh hangus.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Lepas dah kekuningan, masukkan serbuk kari, garam masala dan serbuk cili (optional kalau nak pedas).

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Kacau lagi lebih kurang 1 minit sampai jadi sama seperti di gambar. Pes kari jepun dah siap.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Angkat letak dalam bekas dan ketepikan.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Untuk masak karinya pula, panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Masukkan bawang putih dan halia. Kacau rata.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Masukkan pula ayam dan kacau hingga ayam tak lagi warna merah.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Masukkan pula lobak merah. Kacau lagi.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Masukkan air atau stok ayam dan biarkan mendidih. Lepas dah mendidih, masukkan madu.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Masukkan epal yang sudah disagat. Kemudian, perasakan dengan gula dan garam. Kacau sebati.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 20 minit. Begini rupanya.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Lepas 20 minit, masukkan pes kari Jepun yang kalian dah buat tadi. Kacau.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Ini dia rupanya lepas dah kacau.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Masukkan pula kentang. Biarkan mendidih sampai kentang lembut.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Masukkan sos tomato pula.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Dan kicap manis. Kacau lagi, lepas tu siap. Tutup api dan boleh dihidang dengan nasi panas.

Kari Ayam Cara Orang Jepun

Siap untuk dihidangkan!

Kari Ayam Cara Orang Jepun Kari Ayam Cara Orang Jepun

Makan dengan nasi Jepun memang sesuai. Hidangan ini juga kelihatan sangat menyelerakan, memang rugi jika anda tak cuba. Kalau anda tak gemari kari yang pedas, yang ini memang sesuai dengan anda.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikannya.

Kredit: Zunita Ramli di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI