23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

Selain terkenal dengan budaya tradisi orang Kelantan, pantai yang cantik dan pusat membeli-belah, siapa sahaja yang tidak tahu bahawa Kelantan juga merupakan tempat “syurga makanan”.

Tidak lengkap rasanya kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni kalau tak cuba pelbagai jenis makanan. Mungki disebabkan lokasi geografi Kelantan yang bersebelahan dengan Thailand, banyak makanan menarik yang patut dicuba.

Salah satu resepi yang paling digemari rakyat Kelantan adalah sotong singgang ketuk serai. Resepi ini telah dikongsi oleh Yanee. Nampak sedap sangat walaupun simple je.

Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

kelantan

Bahan-Bahan8 -10 ekor sotong yang telah dibersihkan. Asingkan kepala dan badan. Kalau sotong katak , dia ada perut yang perlu dibuang2 biji bawang merah saiz sederhana dimayang2 ulas bawang putih diketuk1 cm halia muda1 batang serai besarSecukup rasa garam,gula dan serbuk perasa(jika mahu)1 keping asam gelugor1 biji lada jika mahu pedasCara PenyediaanDidihkan bawang merah,bawang putih,serai,halia,asam gelugor.Bila dah mendidih masukkan sotong dan masak sehingga isi sotong mula menjadi putih.Tak perlu dimasak terlalu lama untuk elakkan isi sotong menjadi liatPerasakan dan masukkan lada jika mahu sedikit pedas. Biasanya sotong masak singgang ini dimakan dengan ulam-ulaman serta budu.

Menerusi perkongsian Yanee juga, dia memberitahu bahawa terdapat dua jenis kuah iaitu warna putih dan warna hitam. Bagi yang gemar kuah warna hitam boleh masukkan sekali dakwat sotong tersebut.  Untuk kuah yang lebih sedap dan pekat, boleh guna sotong bersaiz besar.

Dah siap sotong singgang ketuk serai kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sesiapa yang ingin mencuba.

Sumber: Yanee

Baca juga: Harga Sotong Kedai Mamak Mahal? Ini Resepi Kari Sotong Mamak Padu Ala Restoran Nasi Kandar, Korang Kena Cuba!

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI