31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Rawat Dan Segarkan Diri Di 3 Resort Spa Pilihan


Setiap orang punya gaya percutian pilihan. Ada yang memilih untuk bercuti kerana ingin menikmati pelbagai pilihan enak, ada yang bercuti kerana mahu melakukan pelbagai aktiviti lasak dan ada juga yang bercuti semata-mata untuk merehatkan diri. 

Kini trend percutian untuk kesihatan dan kesejahteraan diri juga semakin mendapat sambutan. Ramai warga kota idamkan percutian sebegini memandangkan gaya hidup yang sentiasa bergerak pantas membuatkan diri berasa lelah. Lagipun, kini ramai yang percaya ‘kesihatan adalah kekayaan sebenar’.

Jika anda di antara mereka yang sedang mengejar kesejahteraan hidup dan ingin mengikuti percutian tenang lagi mendamaikan sambil merawat diri luar dan dalam, tiga resort percutian ini boleh dijadikan pilihan. Resort yang dilengkapi dengan spa ini akan memastikan anda dijaga dengan sempurna.

Spa Village – Gaya Island Resort Gambar: Instagram @gayaislandresortGambar: Instagram @gayaislandresort

Percutian ke Gaya Island Resort menjanjikan pengalaman luar biasa. Daripada pemandangan alam yang menakjubkan sehinggalah layanan bintang. Di sini anda boleh merehatkan diri dengan penuh privasi. 

Spa Village, Gaya Island Resort terletak di tengah-tengah hutan paya bakau yang subur. Ia adalah lokasi persembunyian sempurna. Dikelilingi flora dan fauna pulau tersendiri, di sini anda boleh memanjakan diri dengan pelbagai jenis rawatan badan yang menggunakan bahan-bahan tempatan terbaik. 

Gaya Island Resort

Program spa yang dipersembahkan mencerminkan tradisi penyembuhan masyarakat setempat. Daripada lulur beras dan pupur wajah Kadazan dusun hinggalah amalan lama nomad laut Bajau. Setiap rawatan juga mempunyai nama unik seperti Tadau Kaamatan, Unduk Ngadau, Papakang, Aki Nabalu dan Deru Laut. 

Selain menjalani rawatan badan, anda juga boleh mengikuti sesi yoga, meditasi dan regangan di sini.

La Santé Spa,The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TinggiGambar: Instagram @thechateauresortGambar: Instagram @thechateauresort

Dengan waktu perjalanan yang pendek, ia adalah destinasi sempurna buat mereka yang tidak punya masa. Jadi, jika anda tinggal di kawasan Lembah Klang, inilah tempatnya untuk anda melarikan diri seketika.

Sesuai dengan namanya, resort ini menjanjikan kesempurnaan dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut. 

The Chateau Spa Organic Wellness Resort 1

La Santé Spa hanya menggunakan bahan-bahan organik untuk setiap rawatan, jadi anda tidak perlu teragak-agak untuk mencubanya.

Bukan sedikit rawatan tersedia, daripada rawatan kecantikan yang biasa seperti manicure, pedicure, rawatan wajah dan urutan badan, sehinggalah ke rawatan yang lebih rapi seperti detok, mandi bunga, membentuk tubuh badan (slimming) dan juga konsultasi diet.

Malah, anda juga boleh melakukan ujian ketumpatan tulang di sini dengan bimbingan profesional.

La Santé Spa merupakan spa berkonsepkan Eropah yang pertama di Asia dan sehingga kini ia telah berjaya meraih pelbagai anugerah di atas kecemerlangan perkhidmatannya.

The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh, Perak

Gambar: Instagram @thebanjaranhotspringsGambar: Instagram @thebanjaranhotsprings

Juga tidak jauh dari Kuala Lumpur, destinasi percutian yang sering menjadi pilihan pasangan yang mahu menghabiskan masa dengan berdua-duaan. Dibina berlatarkan keindahan alam semula jadi, The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh adalah resort percutian kolam air panas mewah pertama di Malaysia. 

Ia menawarkan pengalaman holistik yang direka khas untuk setiap tetamu mendapatkan rehat secukupnya, memulihkan kesejahteraan tubuh badan, mencari idea dan inspirasi, serta menyuburkan alam percintaan. 

TheBanjaran hotspring 1

Terdapat lebih daripada 40 jenis rawatan dan terapi holistik yang diilhamkan oleh amalan kuno budaya Melayu, Cina dan India. Ini termasuklah perubatan tradisional Cina, rawatan ayurveda, ramuan tradisi Melayu serta pelbagai jenis urutan, rawatan muka, rawatan badan, terapi pembersihan dan banyak lagi.

Jika anda memang benar-benar mahu pulang dengan semangat yang baharu, adalah sangat disarankan supaya memilih salah satu program yang direka khas untuk pengalaman luar biasa.

Program ini disusun untuk membersihkan, memulihkan kesihatan dan meremajakan, dengan pakej yang merangkumi semua perkara, termasuk penginapan, pelan diet, rejim kesihatan, ritual tradisional serta akses tanpa had kepada rawatan semula jadi dan kemudahan kecergasan. Boleh lihat di sini untuk menu penuh. – Cendolpulut, 20 Januari 2022


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI