25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Reen Rahim kini bergelar isteri, terima sedulang emas sebagai mas kahwin

Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada malam Sabtu.

Memetik laporan Astro Gempak, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barangan kemas.

Bagi meraikan pengantin, pasangan merpati dua sejoli itu akan melangsungkan majlis resepsi di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras pada Ahad.

Sebelum ini, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mengakui sudah bersedia bergelar isteri kepada Hazim yang juga seorang penggiat seni selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Difahamkan, majlis perkahwinannya itu mendapat tajaan bernilai RM15 juta dalam pelbagai bentuk daripada beberapa pihak.

Sumber: Astro Gempak (Izwan Isa) , Instagram Hlive & Reen Rahim



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI