25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Reen Rahim tak risau kalau ‘sendu’ selepas kahwin – “Percaya rezeki Allah”

Pelakon Reen Rahim tidak bimbang jika popularitinya merundum selepas mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 34 tahun itu berkata, semua perkara itu sudah diaturkan dan sentiasa percaya dengan Allah SWT apatah lagi mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya seni.

“Saham jatuh? Saya tidak takut atau risau mengenai hal tersebut.
“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT. Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik,” katanya.

Ditanya sama ada bakal suami meletakkan syarat tertentu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata dirinya sudah mempraktikkan perkara tersebut sebelum ini.

“Dia (bakal suami) tidak letak syarat pun tetapi sebagai isteri saya perlu faham-faham sendiri mengenainya.
“Ketika masih bujang pun memang saya menjaga apatah lagi selepas bernikah dan perkara itu akan diteruskan.
“Bagi adegan bersentuhan, semuanya terpulang kepada drama lakonan saya. Hakikatnya drama sekarang sudah kurang dengan babak sebegitu, banyak yang tiada bersentuhan pun,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mendedahkan bakal berkahwin dengan jejaka dikenali sebagai Mr. H selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Reen Rahim


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI