25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Replika Senjata Plastik Perarakan HIMPIT 2023 Dirampas Polis

Baru-baru ini, hangat didebatkan oleh netizen tentang perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 di sebuah resort di Setiu pada Jumaat lalu. Ada yang tidak bersetuju akan perarakan tersebut.

Replika Senjata Plastik Perarakan HIMPIT 2023 Dirampas Polis

Terkini, polis telah merampas replika senjata yang digunakan ketika perarakan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, rampasan replika berbentuk senjata itu dilakukan pihaknya di Marang semalam.

1677035240 530 Replika Senjata Plastik Perarakan HIMPIT 2023 Dirampas Polis

Beliau berkata, rampasan itu dilakukan bagi membantu siasatan polis berhubung isu perarakan peserta program berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, antara barangan yang dirampas ialah kostum dan replika diperbuat daripada kayu serta plastik polivinil (PVC).

Terdahulu, gambar perarakan Pemuda Pas Terengganu berarak menggunakan replika pedang, lembing dan perisai tular di media sosial dipercayai diadakan di Setiu pada Jumaat lalu.

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan mereka membawa senjata secara terbuka dalam perarakan itu yang dikaitkan dengan keganasan dan provokasi.

Susulan kejadian itu, seramai 12 individu termasuk penganjur dan ahli jawatankuasa program dipanggil polis semalam bagi membantu siasatan berhubung perarakan berkenaan.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI