Bahan untuk taburan :
- Gula pasir
- Kacang tanah tumbuk sederhana halus
- Marjerin
- Jagung cream
CARA PENYEDIAAN APAM BALIK RANGUP :
▶️ Pukul telur dengan gula hingga kembang. Kemudian, tuang air, susu pekat, yeast, soda bikarbonat dan baking powder. Nak blender pun boleh. Lagi senang!
▶️ Dah nampak kembang tu, masukkan tepung gandum dan blend lagi sampai sebati. Rehatkan adonan 1/2 jam.
▶️ Oles minyak di tepi keliling non stick pan. Kemudian, tuangkan 1 sendok kecil adunan ke acuan dan ratakan. Adunan akan melekat di acuan. Buat nipis-nipis je tau. Baru crispy gitu!
▶️ Terus taburkan bahan-bahan taburan sesuka hati nak letak banyak mana.
▶️ Api kena kecil takut hangus pulak nanti. Nampak dah agak garing, lipat dua dan boleh angkat dari pan.
▶️ Sapu marjerin sikit atas apam balik yang dah siap. Bagi nampak kilat-kilat gitu. Siap!
BACA JUGA : Teringin Nak Makan Pani Puri? Jom Follow Resepinya Di Sini. Mudah Dan Sedap Sangat. Makan Satu Confirm Tak Cukup!
Siap untuk dihidang! Wah, rangup ye apam balik ni. Memang sedap sangat! Berbaloi buat sendiri dari beli kat luar. Kalau korang suka jagung, memang sakit hati beli kat luar, nak jagung lebih pun tetap bagi seciput. Memang tak rasa nikmat nak makan.
Lepas ni, korang yang memang suka makan apam balik rangup kena buat sendiri je. Tak susah pun nak buat adunan apam balik ni. Korang boleh blend je semua bahan adunan. Kembang elok pulak tu. Lagi senang!
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Aurora Miszz Aurora kerana sudi berkongsi resepi apam balik rangup yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.