25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Resepi Ayam Black Pepper Versi Cepat Dimasak & Sedap Dimakan. Lauk Makan Malam Paling Best

Lauk ayam sudah menjadi pilihan ramai untuk makan malam. Selepas seharian bekerja atau mengemas di rumah, ibu-ibu tentu nak makan sedap, jadi lauk ayam black pepper yang bukan sahaja mudah untuk disediakan tapi sedap dinikmati tetap menjadi kesukaan.

Bagi anda yang ingin tahu cara untuk menyediakannya, ikuti resepi ayam black pepper versi cepat ini yang ringkas sahaja tapi memang sedap untuk dimakan. Caranya ringkas dan bahan-bahannya teramat mudah untuk didapati. Jom baca perkongsian oleh Melati Desa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Ayam Black Pepper Versi Cepat Dimasak Dan Sedap Dimakan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam sederhana besar
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam (dapatkan di sini)
  • 1 labu bawang putih
  • 2 biji bawang merah india
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • 1 labu bawang holland
  • 2 biji cili merah

AYAM BLACK PEPPER VERSI CEPAT

Cara Penyediaan

  • Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan tumbuk tadi, 2 sudu makan sos tiram, garam dan gula dengan ayam.

AYAM BLACK PEPPER VERSI CEPAT

 

 

Perap selama 20 hingga 30 minit.

AYAM BLACK PEPPER VERSI CEPAT

Goreng dengan api sederhana sehingga 3/4 masak.

Kemudian, campurkan dengan segelas air.

AYAM BLACK PEPPER VERSI CEPAT

Setelah dimasukkan segelas air, tutup kuali anda dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Sesekali gaul rata ayam.

Bila ayam sudah masak dan kuah sudah kering sedikit, masukkan pula bawang merah, bawang holland dan cili merah yang telah dihiris.

AYAM BLACK PEPPER VERSI CEPAT

Bila bawang dan cili suidah layu, tutup api. Dah siap.

AYAM BLACK PEPPER VERSI CEPAT

Mudah sahaja resepi ayam black pepper versi cepat ini, kan? Memang betul-betul cepat dan ringkas sahaja untuk disediakan. Bagi anda yang nak cuba lauk makan malam yang mudah dan enak, resepi ini perlu menjadi pilihan anda.

Selamat mencuba!

Kredit: Melati Desa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI