24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Super Duper Sedap, Sesuai Untuk Makan Malam Dan Tengahari

Dah bosan asyik makan nasi berlaukkan ayam goreng dan ayam masak merah je. Apa kata kali ini buat ayam masak sambal hijau pulak. Sangat sedap dan sesuai untuk makan tengahari atau malam. Ayam masak sambal hijau ini pasti akan membangkitkan selera anda dan keluarga. Cubalah sekarang.

Resepi Ayam Masak Sambal Hijau

BAHAN-BAHAN:

Bahan A

6 ketul ayam2 batang serai|diketuk1 labu bawang besar |hiris kasar2 biji limau kasturiMinyak masakSerbuk kunyitGaram secukupnya

Bahan B (bahan kisar)

7 biji cili hijau7 biji cili api hijau5 ulas bawang merah1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 inci halia

CARA PENYEDIAAN:

Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.

ayam masak sambal

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Bella Jamal

Baca juga: Cara Buat Popia Bersalut Coklat Yang Viral, Rasa Dia Memang Umphh!

 

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI