23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Resepi Buttercream dan Tips Best ,Segalanya Mengenai Krim


Untuk menghias dengan krim putar dengan cara mudah, tak payah-payah nak timbang, nak keluar mixer gedabak anda, hanya perlu membeli ‘whipping cream’ dari pasaraya dan memukul hingga kental. Sebaik saja ia kental, gunakan segera. Kek yang mempunyai aising hiasan dari krim putar mesti disimpan di dalam peti sejuk (contohnya: Black Forest Cake).Aising kek paling mudah adalah Krim Mentega. Jika inginkan perasa coklat, tambah 1-2 sudu besar koko yang diayak (mengikut ‘warna coklat’ yang dikehendaki, jangan terlalu banyak kerana ia akan terasa pahit). Jika mahu perasa oren, tambah sedikit parutan kulit oren dan jus oren.

BACA DI LINK BARU :20 Punca Kek Anda Tidak Menjadi Dan Cara Mengatasi

Terima kasih kepada ChefRus Man di atas perkongsian mengenai resepi buttercream, tips buttercream dan cara buat buttercream ini.

Semuanya mengikut citarasa masing-masing. Krim mentega yang berperisa vanila dan susu segar juga dimasukkan agar aising ini lebih ringan. Untuk mendapat topping licin frosting dengan fresh cream atau butter cream sejukkan didalam peti kemudian curahkan coklat ganache.

Sedikit Petua Untuk Resepi Buttercream : 

“Untuk kek butter – Supersoft Butter Cake: Kek tak perlu dibelah. Terus mendeco atasnya tanpa filling. Kek butter tidak naik tinggi, cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.

Mengaising salah satu step yang paling susah berbanding hendak mendeco. Apatah lagi hedak melicinkan permukaan tepi dan diatas kek. Yang penting adalah aising perlu kena tebal supaya apabila merata, tidak terkena permukaan kek. Nanti serdak kek bercampur dengan aising. Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas kek.

Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat. Gerakkan di atas aising kiri kanan. Realitinya memang agak susah jugak tetapi practise makes perfect. Bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dalam air panas, lap airnya dan cepat-cepat sapu pisau tanpa terlalu menekan aising ke serata permukaan kek. Satu kelebihan sebab bila kita melepa icing, icing tidak akan melekat pada pisau yang panas dan icing akan jadi lebih rata. Cuba dulu. Tapi untuk teknik ni masa dah final touch up le. InsyaAllah tentu elok jadi nanti.

Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal. Kalau yang sudah teror, guna pisau biasa pun boleh. Yang penting semasa cara kita menyapu icing spatula jangan kerap diangkat. Kena tolak kiri kanan sampai icing rata ikut petua. Sebolehnya letak topping tu sebanyaknya di atas kek, then baru ratakan kiri kanan sampai habis. Ingat spatula tak boleh angkat ikut suka sebab icing tu akan menarik serdak kek. Lama-lama nanti akan biasa.

Yang menyebabkan cream berbintil-bintil adalah kerana memukul butter terlalu laju. Putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu tapi hanya guna speed yang sederhana. Then masukkan gula icing sikit demi sikit sampai menjadi gebu/putih. Putar icing dalam speed yang sederhana tapi biar lama tidak mengapa cuma jangan terlaju, nanti icing akan menjadi cair ”bubble” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu (smooth).

Untuk membuat bunga, tambah sedikit gula icing supaya bunga lebih tegap. Maknanya bila dah siap putar icing tu, bahagikan icing yang diperlukan untuk membuat bunga, tambah lagi gula icing sikit demi sikit. So…tidaklah topping kek tu terlalu manis.

Kurangkan butter sikit, kalau resipi tu agak lembik disyorkan lebihkan shortening/crisco sebab dia tidak mudah cair (stands well in hot weather). Krimwell dan butter actually agak creamy/lembik) – add gula icing sikit-sikit hingga adunan kental sikit. Kalau nak bunga tu elok, guna shortening sepenuhnya – untuk dapatkan rasa butter, just add butter oil. Hasilnya icing tak akan mudah lembik (takes time gak le nak belajar ni). Masa putar icing tu, dah half way ambik separuh untuk dapatkan thin consistency untuk salut kek, lepas tu baru tambah gula lagi untuk deco bunga/hiasan lain.

Setakat ini combination krimwell dengan shortening lebih baik especially bila kita nak mendeco. Kalau deco kek dalam bilik aircond pun ok. Kalau tidak cepat lembik. Anyway, campuran krimwell dengan shortening kira sudah ok sebab krimwell pun sejenis marjerin jugak (white margarine). Apa apa pun, ikut kemahiran kita – kalau sudah cekap ok, sayang pulak kalau tidak menjadi. Combination butter dengan krimwell agak berminyak, so bunga tak boleh terletak sangat.

Bagaimanakah caranya untuk membuat aising (resepi Buttercream) kek yang mudah? Sebelum saya berikan Resepi Buttercream Icing pilihan anda, mari kita baca dahulu

Koleksi Resepi Buttercream :

1) Buttercream I

1 cawan shortening (lelemak sayuran) + 1 cawan krimwell (sejenis marjerin putih) + 4 – 5 cawan gula icing (diayak) + 1 sudu teh perisa vanila + 1 sudu teh perisa badam + 4 sudu besar susu UHT


Sumber: daridapur.com

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI