Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan perap :
- +/- 1 kilo daging topside (dihiris nipis-nipis, basuh & toskan)
- 5 sb sos lada hitam (brand life)
- Lada hitam secukupnya (coarse black pepper)
* Perapkan sos lada hitam & lada hitam kasar bersama-sama daging 15-30 minit (Perap lagi lama, lagi sedap)
Bahan-bahan lain :
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 1 inci halia (dihiris memanjang)
- 1 tin cendawan dalam tin (dibelah 4)
- 1 biji bwg besar (saiz besar dibelah lapan)/ bawang holland
- 1 biji cili hidup (dipotong serong)
- 1 biji tomato (saiz sederhana dibelah 6)
- 5 sb sos tiram
- Kicap pekat manis secukupnya
- 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
- Garam & bahan perisa secukupnya
CARA PENYDIAAN DAGING MASAK BLACKPEPPER :
▶️ Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau.
▶️ Masukkan daging yang telah diperap. Masak daging sehingga empuk.
▶️ Masukkan sos tiram.
▶️ Masukkan kicap pekat manis.
▶️ Masukkan tomato & cendawan.
▶️ Masukkan pula hirisan bawang besar dan cili hidup.
▶️ Masukkan garam & bahan perisa. Tak perlu letak banyak sebab kicap dah masin ye.
▶️ Masukkan tepung jagung. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kacang Goreng Rangup Dan Berlemak. Sedap Sangat Buat Ngunyah-Nguyah!
Siap untuk dihidang! Boleh gantikan cendawan dengan lada benggala (bell pepper). Tapi, pakai cendawan dalam tin ni pun sedap giler. Saya pun first time jumpa resepi daging masak blackpapper yang di campur dengan cendawan dalam tin ni.
Yang suka masak-masak, mesti dah biasa nampak resepi Encik Khairul Hasrol kat Facebook kan. Beliau memang gemar berkongsi resepi, especially kek. Korang boleh usha Facebook beliau untuk cuba resepi-resepi lain pula. Ada banyak resepi kek tau!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi daging masak blackpapper yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.