Masakan Thai menjadi kegemaran orang ramai. Malah, ramai yang telah melancong ke negara Thailand semata-mata untuk mencuba pelbagai makanan dan minumannya. Tak dinafikan bahawa hidangan negara tersebut memang sedap dan menjadi syurga buat si foodie.
Namun untuk menikmati masakan Thai, anda tak perlu ke negara tersebut. Ada beberapa resepi yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Antaranya adalah resepi daging pad kra pao ini yang telah dikongsikan oleh Maniz Mokhtar.
Jom baca untuk ketahui caranya.
Resepi Daging Pad Kra Pao, Rasa Sebijik Macam Kedai Thai, Makan Dengan Nasi Putih Sahaja Pun Dah ‘Kick’!
Bahan-bahan
- Bawang putih
- Cili api
- Daging, hiris kecil
- Kicap
- Sos tiram
- Cili kering
Cara-caranya
Tumis bawang putih dan cili api dalam minyak yang panas. Biar sampai naik bau. Selepas itu, masukkan daging. Kacau bagi rata. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata dan tutup kuali sekejap. Buka tutup kuali, kacau-kacau sampai daging elok masak.
Masukkan daun basil, gaul laju untuk layukan daun. Kalau nak tambah serbuk perasa pun boleh. Resepi ini tidak menambahnya. Tambahkan cili kering dan sedia untuk dimakan.
Resepi daging pad kra pao yang asli menggunakan daging atau ayam cincang tapi wanita ini telah menyuntingnya sedikit dan menggunakan beef strips. Menurutnya, ia lebih sesuai dan sedap jadi tak rugi jika anda mencubanya.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: Maniz Mokhtar
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.