CARA PENYEDIAAN IKAN KELI GORENG BERLADA :
▶️ Mula-mula basuh bersih ikan keli. Tips dia basuh guna limau nipis. Bebas bau hanyir dan lendir.
▶️ Kemudian, gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit.
▶️ Bawang dan cili ni potong je kecil-kecil nak bagi mudah untuk tumbuk.
▶️ Tumbuk bagi hancur kasar-kasar. Kalau malas boleh je guna blander tapi tak best sebab kita nak textur dia kasar sikit. Nak guna chopper lagi okey.
▶️ Korang buat kasar macam ni.
▶️ Panaskan minyak, goreng hingga garing. Masa menggoreng tu tak nak dia merecik korang tutuplah periuk atau kuali tu.
▶️ Dah garing. Tak sabar nak makeup ikan ni.
▶️ Seterusnya, panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang kita tumbuk tadi. Goreng hingga naik bau.
▶️ Kacau bagi sekata semua bahan tumbuk.
▶️ Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam. Dah nampak hampir garing boleh tutup api.
▶️ Last sekali, curahkan atas ikan tadi.
▶️ Taraaa dah siap untuk dimakan!
BACA JUGA : Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Confirm Menjadi. Lembut, Moist Dan Sedap Sangat Hasilnya!
Its done. Ready nak ngap! Makan dengan nasi putih panas-panas, lagi sedap! Sekali je korang try mesti korang akan ketagih dan nak lagi. Saya pun memang favourite sangat dengan lauk ni. Korang boleh guna juga cili tu untuk tumis terung. Sedap tau!
Kadang-kadang makan kat kedai ni tak kena juga dengan tekak. Masak sendiri bolehlah suaikan dengan rasa tekak masing-masing. Rasanya semua dah tahu kot, masakan berlada macam ni memang famous kat negara jiran Indonesia. Tapi, dah jadi resepi yang ramai orang suka di Malaysia.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Cheyah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi ikan keli goreng berlada yang simple giler ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.