26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa Yang Paling Sedap. Yang Suka Pedas, Korang Boleh Try Resepi Ni. Memang Pedas Padu!


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Seekor ikan kerapu
  • 10 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 4 tangkai cili merah (dicincang halus)
  • 4 btng cili padi merah (dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 2 batang serai (dipotong halus)
  • 4 tangkai cili kering (dipotong kasar)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar pes tomyam (rujuk gambar)
  • 4 sudu pes stim limau (rujuk gambar)
  • Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
  • Daun limau purut 3 helai buang urat tengah
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula
  • Sedikit Air
  • Minyak

Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa Yang Paling Sedap Yang

CARA PENYEDIAAN IKAN KERAPU MASAK 3 RASA :

▶️ Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.

▶️ Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat letak atas pinggan.

▶️ Panaskan minyak di dalam kuali.

▶️ Masukkan semua bahan yang dipotong tadi. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam dan 2 jenis pes tadi.

▶️ Tambah air sikit je nak bagi berkuah.

1654938466 326 Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa Yang Paling Sedap Yang

▶️ Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

 

BACA JUGA : Resepi Jemput-Jemput Sosej Yang Simple Dan Sedap. Tak Caye Buatlah. Confirm Anak-Anak Suka!

 

Siap untuk dihidang! Fuh, mantop. Makan kat kedai memang tak puas. Lagi syok buat sendiri kat rumah. Nak buat banyak mana pun tak kisah. Lauk ni sesuai korang masak untuk makan malam dan tengahri. Jangan lupa telur dadar, barulah lengkap macam makan kat kedai.

1654938468 574 Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa Yang Paling Sedap Yang

Tak pedas memang tak sedap! Sekali tengok je gambar ikan masak 3 rasa ni dah kecur liur nak makan. Selalu kat luar makan ikan siakap je pun dah puluh-puluh ringgit habis. Baru makan bedua macam tu. Kalau makan reramai, kopak jugak! Tapi takde ikan 3 rasa, tak syok pula nak makan reramai kan.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Muhamad Ismail Mohd Ali kerana sudi berkongsi resepi ikan kerapu masak 3 rasa homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!


Sumber: kongsiresepi.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI