Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sosej (dipotong kecil)
- 3-4 senduk tepung gandum
- Telur sebiji
- Garam dan perasa
- Sedikit air
CARA PENYEDIAAN JEMPUT-JEMPUT SOSEJ :
▶️ Campurkan tepung, sosej, telur, garam dan sedikit perasa.
▶️ Masukkan air. Gaul sampai semua sekata dan tak terlalu cair.
▶️ Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan.
▶️ Angkat dan toskan.
▶️ Boleh dimakan dengan dengan sos.
BACA JUGA : Jom Buat Jeruk Mangga Asam Boi. Boleh Kecur Liur Dibuatnya. Nak Buat Pun Mudah!
Simple, cepat dan sedap! Anak-anak yang tak makan sayur, korang boleh guna cara ni. Hiris carrot halus-halus dan campur dalam adunan sosej tadi. Sure boleh ajar anak-anak korang makan sayur lepas ni. Nampak rangup je luar jemput-jemput ni kan. Sedap!
Kadang-kadang korang pun dah tak tau nak bagi anak-anak makan apa kan. Nasi memilih, tapi makan sosej diaorang nak pula. Segala frozen food tu diaorang nak makan. Stok sosej pun dah belambak dalam peti. Kalau dah banyak sangat, elok lah ubah suai ikut resepi ni.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Norrita Musa kerana sudi berkongsi resepi jemput-jemput sosej ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Especially untuk ibu-ibu kat luar sana. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.