Bahan-bahan untuk kek :
- 4 biji telur (gred b)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanila
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
*Satukan semua bahan-bahan diatas & ayak bersama.
Bahan-bahan untuk gula hangus :
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan butter/marjerin (Butter Brand Anchor)
CARA PENYEDIAAN KEK SARANG SEMUT :
▶️ Buat adunan kek terlebih dahulu. Kemudian, baru sediakan gula hangus ye.
▶️ Dalam bekas, pecahkan 4 biji telur.
▶️ Masukkan susu pekat manis. Kacau-kacau manja sahaja. Tak perlu pakai mixer, boleh pakai spatula/whisk tangan je.
▶️ Masukkan esen vanilla.
▶️ Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau-kacau manja lagi sehingga semuanya sebati.
▶️ Masa ni, korang dah boleh nampak adunan membentuk banyak buih-buih kecil, itu tandanya soda bikarbonat tengah bekerja dan akan dapat kek yang berongga nanti. Ketepikan adunan.
▶️ Dalam periuk yang lain, masukkan gula pasir. Masak sehingga keperangan, jangan sampai hangit ye.
▶️ Masukkan air panas.
▶️ Masukkan pula butter/marjerin. Tunggu sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya.
▶️ Tuang gula hangus yang masih panas terus ke dalam adunan kek tadi. Kacau hingga sebati.
▶️ Tuang ke dalam loyang yang telah digriskan.
▶️ Bakar pada suhu 180C api atas bawah selama 50 minit atau sehingga kek masak.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Buat Bebola Bergedil Ayam Yang Paling Mudah. Makan Macam Tu Je Pun Sedap!
Ingat tau! Nak potong kek ni kena secara melintang supaya dapat potongan kek yang berongga cantik. Korang nak dapatkan kek sarang semut yang cantik kena ikut tips-tips tadi tu. Mesti puas hati dengan hasilnya! Mudah sangat resepi ni kan sebab lepas buat adunan terus boleh bakar.
Bau pun wangi. Rasa pula semua dah cukup manis. Kek ni juga sesuai di jadikan hidangan minum petang sekeluarga. Makan sejuk atau panas pun tetap sedap. Dan takde rasa muak nak makan nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan juga kepada Encik Khairul Hasrol kerana sudi berkongsi resepi kek sarang semut tanpa perap atau peram adunan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.