31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Resepi Kuih Talam Keju Oreo Vanila

Resepi Kuih Talam Keju Oreo Vanila

Assalamualaikum. Sekali lagi saya nak berkongsi resipi di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini. Peminat cheese, kuih talam & makanan hipster harus mencubanya. Ini juga salah satu jenis kuih yang ada untuk fast sale saya nanti. Ianya mengandungi santan segar & krim keju. Jangan ditanya kenapa harganya sama seperti sepotong kek/brownies.

Resipi ni saya dah olah dari resipi asal. Dalam resipi asal, bahagian kastard tidak mengandungi serbuk koko & berada di lapisan atas. Saya sertakan resipi hasil olahan saya untuk memudahkan saya membuat rujukan. Tidak lupa juga kredit kepada pemilik asal resipi, penulis buku masakan, Pn. Zubaidah Che Pa. Semoga bermanfaat.

Bahan-Bahan (Loyang 6×6 inci):

Lapisan Bawah –

  • 100g krim keju
  • 5 1/2 sdb susu pekat
  • 1 biji telur (B/C)
  • 10g tepung gandum
  • 1/2 sdb tepung jagung
  • 1/2 sdt perisa vanila
  • Serbuk biskut Oreo

Lapisan Tengah –

  • 80g santan
  • 80ml air
  • 1 biji telur (B/C)
  • 35g gula
  • 20g tepung kastard
  • Secubit garam
  • 1/4 sdt emulko coklat
  • 1/2 sdb serbuk koko + 1 1/2 sdb air panas (bancuh)

Lapisan Atas –

  • 80g santan
  • 80ml air
  • 1 biji telur (B/C)
  • Secubit garam
  • 35g gula
  • 30g g tepung gandum
  • 1/2 sdt perisa vanila
  • 1/2 sdt pewarna biru

Cara Penyediaan:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Beras Mudah

1. Lapisan bawah; Pukul krim keju, susu pekat dan telur hingga sebati. Masukkan kesemua bahan kecuali serbuk Oreo. Kacau rata. Masukkan adunan ke dalam loyang. Taburkan serbuk biskut Oreo dan kukus selama 8-10 minit.

2. Lapisan tengah; Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 8-10 minit.

3. Lapisan atas; Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 20-25 minit. Sejukkan dan potong dengan pisau plastik.

Nota:

  • Tapis adunan setiap kali hendak mengukus jika adunan bergentel.
  • Gandakan adunan 2 kaliuntuk loyang 8×8 inci & 2.5x untuk loyang 10×10 inci.
Resepi Kuih Talam Keju Oreo Vanila

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah

Sumber: resepibonda.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI