Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kunafa Pastri/ Kataifeh
- Cream Cheese/ Akkawi Cheese
- Susu 250ml
- Mozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)
- Air Mawar, Lemon, Gula
- 200ml air
- Pistachio
- Butter yang telah dicairkan
CARA PENYEDIAAN KUNAFAH HOMEMADE :
▶️ Curah melted butter pada kunafa pastri untuk bagi warna kuning-kuning sikit. Kemudian, gaul rata.
▶️ Masukkan kunafa pastry ni jangan tebal sangat ye. Tekan bagi padat sedikit.
▶️ Panaskan susu sekotok. Masukkan cream cheese. Guna separuh dari 250gm cream cheese ni.
▶️ Tambah lagi dengan cheese arab. Cheese Teama ni memang sedap! Guna dalam 4 butir je. Kalau nak guna ni pun boleh. Tak payah dah guna cream cheese tatura tu. Kacau sampai cheese cair.
▶️ Masukkan mozzarella cheese. Boleh potong-potong dulu sebelum masukkan. Kacau sampai dia pekat.
▶️ Lapisan pertama pastri, cheese, pastri lagi. Tekan bagi mampatdan padat sikit.
▶️ Panaskan oven dulu. Didihkan air dan masukkan gula. Nak guna gula putih pun boleh je. Perah 1/2 biji limau. Masukkan pula air mawar.
▶️ Bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit.
▶️ Curah air gula dan hias dengan kacang pistachio.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Cheesy Baked Macaroni Simple Tanpa Guna Source Carbonara Dan Tomato Sauce Prego. Sekali Ngap Pasti Nak Lagi!
Kita sendiri set nak manis mana ye. Tu yang syoknya kalau buat sendiri. Kalau makan kat luar, memang rasa nak potong kaki manisnya. Buat banyak-banyak, boleh simpan dalam peti. Esok lusa nak makan korang bakar je nanti. Barulah kunafah jadi lebih garing dah cheese cair gitu!
Nak beli banyak kat luar tu boleh tahan mahal juga. Lagi jimat kalau buat sendiri. Korang boleh guna 100% mozzarella cheese kalau nak cheese tertarik panjang. Fuh! Sedap weh kunafah ni. Yang tak pernah cuba lagi, korang wajib cuba. Especially korang si hantu cheese. Makanlah sampai muak!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Wan LuQman kerana sudi berkongsi resepi kunafah homemade ala-ala restoran Arab ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.