27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023
spot_img

Resepi Laksa Ikan Sardin Viral Ala-Ala Asam Laksa. Fuhhh Sedap Sangat. Patutlah Ramai Yang Suka!


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan kisar :
  • 1 tin ikan sardin, buang sos
  • 1 peket pes asam pedas
  • 1 keping nenas yang masak ranum
  • Sedikit belacan dibakar terlebih dahulu
  • Bawang merah
  • Lada kering (yang tak nak pedas tak payah letak)

* Semua bahan diatas dibland sehingga halus

 

Bahan-bahan lain :
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Bebola ikan
  • Sedikit garam
  • Serbuk secukup rasa

Resepi Laksa Ikan Sardin Viral Ala Ala Asam Laksa Fuhhh Sedap

CARA PENYEDIAAN LAKSA IKAN SARDIN VIRAL :

▶️ Masukkan bahan yang diblander kedalam periuk.

▶️ Kemudian, masukkan air. Kepekatan ikut selera masing-masing.

▶️ Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Biar menggelegak.

▶️ Kemudian masukkan bebola ikan, sedikit garam dan serbuk secukup rasa.

1654774746 684 Resepi Laksa Ikan Sardin Viral Ala Ala Asam Laksa Fuhhh Sedap

▶️ Ulam-ulam terpulang pada masing-masing.

 

BACA JUGA : Dengar Nama Penuh Pun Dah Sedap. Inilah Dia Resepi Nona Manis Yang Licin Dan Cantik. Belemak-Lemak Manis Gitu!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas lagi aumm rasanya. Ada je orang yang tak makan laksa dengan perahan limau. Tapi, untuk hilangkan bau ikan tu korang boleh perah dengan limau. Rasanya pun lebih sedap, masam-masam pedas gitu.

1654774748 934 Resepi Laksa Ikan Sardin Viral Ala Ala Asam Laksa Fuhhh Sedap

Macam-macam resepi ada kat wall Facebook milik Cik Puan Noriza Awang Hamat ni. Next time kita boleh try buat ketupat sotong versi Kelantan. Tak sama warnanya dengan versi Terengganu. Nampak sedap jugak. Bolehlah buat untuk raya haji nanti.

Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi laksa ikan sardin viral ala-ala asam laksa ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!


Sumber: kongsiresepi.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI