Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kuah :
- 1 kilo ikan selayang segar
- 8 ulas bawang merah dikisar
- 2 inci halia dikisar
- Satu sudu biji lada hitam dikisar
- 500 gram Santan
- Sedikit garam / gula
- Satu biji limau nipis
Bahan untuk ulam :
- Kubis
- Timun
- Tauge
- Kacang panjang
- Daun kemangi
CARA PENYEDIAAN LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH :
▶️ Ikan disiang dan direbus dengan sedikit garam dan 1 keping asam keping. Kemudian, kisar ikan dengan menggunakan air rebusan.
▶️ Panaskan periuk. Tuang ikan yang telah dikisar serta semua bahan kisar beserta santan. Tambah air mengikut kesesuain. Kacau kuah dengan api perlahan dan perasakan dengan garam dan gula.
▶️ Kuah perlu sentiasa di kacau agar tidak berkeladak dan pecah minyak.
▶️ Bila kuah nampak agak pekat tutup api.
▶️ Perah limau nipis. Siap!
BACA JUGA : Resepi Karipap Homemade Yang Rangup Dan Sedap. Buat Sendiri Lagi Puas Hati. Nak Frozenkan Pun Boleh!
Siap untuk dihidang! Wah, makan dengan perahan limau nipis tu boleh kecur liur dibuatnya! Memang sedap sangat. Nak buat pun mudah je. Buat kuah banyak-banyak pun takpe sebab boleh simpan dalam peti. Nanti korang boleh makan pula dengan laksam.
Untuk pengetahuan korang, Encik Zaky Mat Ali ni memang gemar berkongsi pelbagai resepi di Facebook. Semua pun nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Biskut brownies tu memang boleh sangat kalau nak cuba! Makan sambil tengok tv, tak sedar habis sebalang dibuatnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi laksa Terengganu kuah putih ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.