26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Resepi Masakan Ayam Goreng Gulai Padang

Resepi Masakan Ayam Goreng Gulai Padang

Tumpang lalu boleh? “Ayam Goreng Gulai Padang ala Kak Liza.” Sedap lahai, mudah pula tu. Letak-letak, siap!. Hadap lauk ni, mak mentua lalu pun tak nampak. Menantu dah lama rancang, mentua je yang lalai. Emm, lemah.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (saya letak 2 je sebab tak makan pedas)
  • 2 inci halia dan kunyit.

(Kisar semua bahan di atas.)

  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai

(Dimasuk kemudian.)

Cara Memasak:

1. Cuci bersih ayam. Gaul dengan garam dan kunyit, kemudian goreng saparuh garing. Angkat dan sorok dulu. Usah dibiarkan, nanti habis diratah begitu saja.

2. Guna minyak yang sama anggaran 5 sudu besar. Panaskan dan masuk 2 batang serai. Tuang semua bahan yang dikisar. Tumis hingga masak dan naik bau.

3. Letak sedikit gula Melaka, gula biasa pun boleh. Kita buat dia kan. Kacau dan kacau. Masuk ayam goreng yang disorok tadi. Kacau sebati.

4. Masuk daun kunyit dan daun limau. Kecut dah ha daun limau tu. Lantak dia la, bukan orang nampak pun. Kacau dan kacau bagi sebati. Masuk 1 kotak santan. Kacau lagi, biar mendidih sekejap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Daun Selasih Thailand

5. Kalau pekat sangat, boleh la tambah sedikit air ikut suka korang. Kacau dan kacau lagi ye. Kacau dalam masakan tak apa, jangan kacau orang sudah la. Dosa!.

6. Masuk sedikit garam dan serbuk perasaan, eh perasa. Kacau lagi. Siap dah ha. Jemput makan.

Resepi Masakan Ayam Goreng Gulai Padang

Resepi Oleh: Liza Idris

Sumber: resepibonda.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI