25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Resepi Nasi Briani Kari Kambing Adabi


Resepi Nasi Briani Kari Kambing Adabi

Cuba resepi yang pernah viral seketika dahulu tapi kita olah sikit guna apa yang ada kat dapur.

Bahan-Bahan:

  • Kari kambing adabi 2 tin (boleh jugak guna daging/ayam)
  • Beras basmathi 4 pot (basuh & rendam air 15-30 minit) – Cik Fide guna beras faiza basmathi moghul – tapis selepas 30 minit
  • Tomato 1 biji potong dadu
  • Bawang besar 1 biji hiris nipis
  • Halia 2 inci hiris nipis
  • Rempah 3 sekawan
  • 3 helai daun pandan
  • 3 biji cili besar hijau atau merah
  • Susu cair atau fresh separuh cawan
  • Planta 1 senduk
  • Telur rebus ikutlah berapa biji, tadi ada 2 je
  • Kiub pati ayam separuh
  • Air 1 tin kari kambing – untuk masakan ni saya letak 1 tin air je sebab kari tu pun dah ada kuah. Kalau banyak sangat takot lembik pulak
  • Sedikit garam

Cara Memasak:

1. Panaskan planta dan tumis rempah 3 sekawan. Masukkan halia dan masak sehingga kekuningan. Masukkan bawang besar dan daun pandan. Masak sehingga layu.

2. Masukkan kiub pati ayam, tomato dan susu fresh. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan kari kambing dan garam. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tak payah lama-lama sangat.

3. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan telur rebus dan cili besar. Masak seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau kacau nasi tu jika perlu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Ayam Sempoi, Simple Tapi Sedap

4. Dah siap, bolehla hidang!. Kalau rajin buatlah acar, kemalasan melanda tadi. Nak lagi sedap boleh tabur hirisan daun ketumbar, pun takde tadi.

Kalau rajin masaklah ayam merah tak pun dalca tak pun sup kosong tapi itulah saya tak berapa nak rajin. Makan macam ni pun sedap sangat dah. Rasa dia sedap cukup rasa!. Aroma semerbak satu rumah!. Kari kambing Adabi tu cik Fide beli kat Shopee je, nak cari kat kedai kemain payah. Okay selamat mencuba!.

Resepi Nasi Briani Kari Kambing Adabi

Resepi Oleh: Nurul Afidah Catalyst


Sumber: resepibonda.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI