Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Beras biasa+basmathi
Bahan untuk gulai nasi dagang :
- Sekilo ikan
- asam keping
- Garam
*Rebus semalaman lagi sedap
Bahan blend :
- Bawangbesar
- Bawangputih
- Halia
- Lengkuas
- Cili kering
Bahan-bahan lain :
- Rempah nasi dagang (bancuh dengan sedikit air) – guna timbang pun boleh
- Sedikit belacan
- Nisan
- Garam
- Ajinamoto
- Santan
- Lada marang/ cili merah
- Belimbing buluh
CARA PENYEDIAAN NASI DAGANG TERENGGANU :
Cara penyediaan nasi :
▶️ Beras biasa+basmathi basuh bersih dan rendam sebelum masuk tidur. Esok pagi sejat bagi kering.
▶️ Kukus beras agak-agak dalam 30 minit. Angkat dan arong dengan sedikit air. Agak-agak untuk elak nasi jadi keras.
▶️ Kukus balik dalam 20 minit. Angkat dan arong dengan santan pekat yang telah dimasak dengan sedikit garam dan gula.
▶️ Anggaran santan dalam setengah kilo. Kombinasi garam kena rasa lebih sedikit masin dihujung lidah untuk bagi nasi rasa lemak, yang ni petua tau. Siap!
Cara penyediaan gulai nasi dagang :
▶️ Sekilo ikan direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Rebus semalaman lagi sedap.
▶️ Tumis bahan blend sampai pecah minyak. Baru masukkan rempah nasi dagang bancuh dengan sedikit air.
▶️ Masukkan sedikit belacan, nisan, garam dan ajinamoto.
▶️ Masukkan pula ikan rebus tadi bersama dengan air rebusan ikan dan santan. Masak sampai mendidih. Last baru tabur lada marang dan belimbing buluh (jika ada).
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Kentang Viral Yang Rangup Bila Di Makan. Sedap Sangat, Anak-Anak Mesti Suka!
Untuk acar tu korang boleh potong je timun, lobak merah, cili dan bawang besar. Semua bahan korang hiris memanjang. Lepas tu masukkan gula, garam dan cuka. Suaikan dengan tekak, dah siap! Mudah kan. Barulah boleh makan dengan nasi dan gulai ikan aye.
Raya-raya macam ni, korang mesti nak makan nasi dagang juga kan. Raya mengejut hari tu, sampat tak masak gulai? Open house ni korang masaklah. Bagi tetamu rasa makan nasi dagang Terengganu. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Resepi asli dari Terengganu pun dah ada kan. Jom try!
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Masmye Masmye kerana sudi berkongsi resepi nasi dagang Terengganu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.