28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Resepi Puding Mangga Yang Mudah, Sedap Dan Cantik. Hidang Sejuk-Sejuk Lagi Sedap. Nyaman Je Rasa Tekak!


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Lapisan Pertama (putih) :
  • 4-5 biji mangga (dipotong dadu) – Nak kurangkan pun boleh.
  • 8 gram agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 50 gram gula
  • 130 gram susu segar
  • 30 gram dairy whipping cream

Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

Lapisan Kedua (kuning) :
  • 300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga, sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah blend sila tapis)
  • 8 gram agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 30 gram gula
  • 130 gram susu cair
  • 30 gram dairy whipping cream
  • 3 sudu makan sunquick mangga

1654245113 659 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

CARA PENYEDIAAN PUDING MANGGA :
Cara penyediaan lapisan pertama (putih) :

▶️ Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.

1654245115 395 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

▶️ Letak atas api sederhana 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air.

1654245116 185 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

▶️ Biarkan mendidih & agar-agar tali tadi terurai. Masukkan pula 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.

1654245117 541 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

▶️ Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.

1654245118 314 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

▶️ Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan keatas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.

1654245119 908 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

Cara penyediaan lapisan kedua (kuning) :

▶️ Api sederhana, masukkan 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air.

▶️ Bila mendidih masukkan 30 gram gula.

1654245121 735 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

▶️ Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga & 3 sudu makan sunquick mangga. Pure mangga guna dalam 3-4 biji mangga je.

1654245122 511 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

▶️ Kacau sebati & biarkan mendidih selama 2-3 minit. Off api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan keatas lapisan putih tadi.

1654245123 676 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk▶️ Sebelum tuang cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat & tak terpisah.

1654245125 40 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

▶️ Setkan dalam 3-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap!

 

BACA JUGA : Resepi Laksa Terengganu Kuah Putih. Nak Makan Dengan Dengan Laksam Pun Boleh!

 

Siap untuk dihidang! Makan sejuk-sejuk sedap sangat. Anak-anak pun berebut nak makan. Boleh juga di buat dalam bekas yang kecil dan bertutup. Sesuai untuk di hidang buat tetamu. Nak buat untuk jualan pun boleh. InsyaAllah memang ramai yang suka.

1654245126 69 Resepi Puding Mangga Yang Mudah Sedap Dan Cantik Hidang Sejuk Sejuk

Untuk pengetahuan korang, Encik Muhammad Ali ni memang gemar berkongsi resepi puding di Facebook. Macam-macam Jenis puding ada tau! Dan ramai yang share resepi-resepi puding kat wall Facebook beliau tu. Next time kita cuba resepi puding yang lain pula. 

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi puding mangga yang mudah, sedap dan cantik ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!


Sumber: kongsiresepi.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI