31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Resepi Puding Susu & Bandung, Buat Minum Petang Pasti Laris, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

Biasanya, ada yang buntu tak tahu nak sediakan apa untuk minum petang keluarga kan? Niat di hati nak buat kuih, tapi inginkan kelainan untuk buat pemanis mulut yang ringkas cara penyediaannya tapi hasilkan rasa sedap.

Jadi, perkongsian daripada Nur Athiya ni menyelamatkan kebuntuan tu. Jom kita buat puding susu & bandung yang sedap ni. Nampak dari gambar pun dan mantap, apatah lagi rasanya yang manis-manis dengan tekstur lembut kan?

Jom buat sama-sama rujuk perkongsian ini.

Resepi Puding Susu & Bandung, Buat Minum Petang Pasti Laris, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

Bahan-Bahan (Guna Susu Cair):

  • Susu cair 1 tin
  • Serbuk agar-agar 1 paket
  • Air putih 1 liter
  • Gula 250gram

Bahan-Bahan (Guna Susu Kotak):

  • Susu full cream kotak kecil – 3x
  • Serbuk agar-agar 1 paket
  • Air putih 900ml
  • Gula 250 gram

Cara Penyediaan:

  • Masukkan semua dalam periuk. Jangan buka api lagi.
  • Kacau-kacau bagi larut semuaa baru bukak api dan didihkan sekejap.
  • Bahagi kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian letak sirap tapis dan tuang dalam acuan.
  • Tunggu keras sikit.
  • Sebahagian lagi tu biarkan dalam periuk dan tutup dahulu.
  • Dah keras lapisan bawah boleh letak lapisan putih pula.
  • Sejukkan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk.

puding susu & bandung puding susu & bandung puding susu & bandung

Sudah siap kita punya puding susu & bandung ni. Boleh lah try untuk minum petang ataupun buat jual pun boleh! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ya.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Nur Athiya

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI