33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022
spot_img

Resepi Pulut Mangga ala Thai, Pencuci Mulut Favorite Ramai Yang Mudah & Sedap Dimakan

Pulut mangga merupakan pencuci mulut yang menjadi kesukaan ramai. Sering disediakan di pelbagai restoran Thai, ia merupakan pulut yang dihidang bersama beberapa potongan buah mangga dan kuah santan.

Jika dibeli, sudah tentu mahal. Kalau macam tu, apa salahnya jika kita cuba menyediakan pulut mangga ala Thai di rumah sendiri. Dengan beberapa bahan-bahan, sudah tentu ia menjadi lebih mudah dan menjimatkan. Ikuti resepinya yang telah dikongsikan oleh Eira Sofia Herba di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Pulut Mangga ala Thai, Pencuci Mulut Favorite Ramai

Bahan Pulut

  • 450gram beras pulut, rendam semalaman
  • 1 cawan santan cair
  • 2 hingga 3 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • Beberapa helai daun pandan atau daun pisang
  • 2 sudu besar bijan (dibakar tanpa minyak)
  • 3 biji buah mangga

PULUT MANGGA ALA THAI

Bahan Kuah Santan

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Pulut

  • Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  • Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah dalam masa 20 minit.
  • Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  • Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  • Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

PULUT MANGGA ALA THAI

Cara Penyediaan Kuah Santan

  • Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  • Masukkan garam, gula, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskankacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair, masukkan sedikit lagi bancuhan tepung, boleh agak-agak kepekatan.
  • Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.
  • Sedia dimakan bersama pulut.

PULUT MANGGA ALA THAIPULUT MANGGA ALA THAI  PULUT MANGGA ALA THAI

Memang mudah sahaja resepi pulut mangga ala thai ini, kan? Jika anda menggemari pencuci mulut yang ringkas dan tradisi, anda perlu mencubanya. Ringkas dan sedap, dijamin akan berpuas hati bila dicuba.

Selamat mencuba!

Kredit: Eira Sofia Herba di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI