24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Resepi Rendang Pedas Daging Style Perak

Resepi Rendang Pedas Daging Style Perak

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni, saya buat rendang style orang lama dari negeri Perak. Bila makan rendang ni, nostalgia masa zaman kecil sekitar tahun 90an-awal 2000 tu datang tiba-tiba. Rasa dia, ada iras-iras rendang yang pernah saya makan di rumah arwah opah dan saudara-mara abah di kampung Jeliang, Manong, Perak.

Tqvm kak @dapurkakzu atas perkongsian resepi rendang yang sedap ni. Saya gantikan penggunaan ayam dengan daging. Rendang ni versi tak tumis dan bahan-bahannya hanya perlu dihiris nipis dan halus. Kalau mengikut selera saya, seriously, serdak-serdak dia yang kasar tu lagi sedap dari versi bahan-bahan yang perlu dikisar.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging
  • 15-20 biji bawang kecil*
  • 6-8 batang serai*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*
  • 20-30 tangkai cili kering**
  • 2 inci kunyit**
  • 1 cawan kelapa parut (tumbuk halus)
  • 2 keping asam gelugur
  • 1L santan pekat/1kg santan segar
  • 1/2 biji gula melaka (saiz besar)
  • Garam secukupnya
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan dan potong daging kepada ketulan bersaiz lebih kurang 1 inci. Hiris nipis dan halus bahan-bahan yang bertanda () serta kisar bahan-bahan yang bertanda (*).

2. Masukkan kesemua bahan kecuali gula melaka, garam dan hirisan daun kunyit ke dalam periuk. Renehkan rendang sehingga keluar minyak dan hampir kering.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bebola Daging ala Malaysia

3. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam. Kacau sesekali supaya rendang tidak hangit. Taburkan dengan hirisan daun kunyit dan teruskan reneh sehingga rendang kering. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Dalam resipi ini, saya menggunakan Hawaiian coconut flakes bagi menggantikan kelapa parut.

Resepi Rendang Pedas Daging Style Perak

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah

Sumber: resepibonda.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI