27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023
spot_img

Resepi Roti Sardin Goreng Rangup, Mudah Disediakan. Sesuai Untuk Lapar Tiba-Tiba.

Roti putih atau sandwich kebiasaannya dimakan bersama jem atau kaya, namun sebenarnya banyak lagi resepi yang kita boleh buat dengan roti sandwich ini terutamanya jika hampir expired. Misalnya anda boleh mencuba resepi Roti Sardin Goreng Rangup oleh Cahaya Kasih Firdausi ini. Sesuai disediakan untuk minum petang. Buat untuk sarapan juga boleh. Pasti licin diserbu terutamanya anak-anak.

Namun resepi Cahaya kasih Firdausi ini berlainan sedikit. Di mana, beliau menggunakan sedikit limau untuk bagi roti sardin tu jadi lebih rangup. Juga, untuk lebih cantik beliau letakkan sedikit serbuk kunyit.

Cara penyediaanya pun mudah dan ringkas sahaja. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

RESIPI ROTI SARDIN GORENG RANGUP

RGSR 1BAHAN-BAHANDalam sardin potongkan:Bawang merahCili padiGula sikitGaram sikitSerbuk perasa sedap maggie

CARA PENYEDIAAN :1. Hancurkan, gaul rata dan tumiskan dengan minyak sedikit. Bagi ia masak dan bawang layu.

RGSR 5

2. Untuk tepung, gorengan biasa sahaja. Boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit saja untuk rangup. Nak warna kuning, letak serbuk kunyit sedikit.

RGSR 3

3. Tepung yang sudah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.

RGSR 4

4. Roti tak perlu di lenyek atau kukus. Hanya celup tepung goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

RGSR 2

5. Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

RGSR 1 1

Terima kasih Cahaya Kasih Firdausi untuk perkongsian resepi Roti Sardin Goreng ini. Selamat Mencuba

 

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI